Aku diminta oleh seorang sahabat untuk membuat review filem ini. Katanya 'ringkas pun tak apa'.. janji ada review dan senang di fahami. PAKU.. Apa yang dipaku?. Hati?. Perasaan atau Cinta Mati. Dalam filem ini, aku nampak 'Cinta Mati' antara Fahmi (Johan As'ari) dengan isterinya Rania (Aishah Illias). Fahmi sangat menyayangi akan isterinya, Rania. Apabila Rania yang sarat mengandung terbunuh dalam tragedi 'Highland Tower', membuatkan aku 'tidak senang duduk' dengan beberapa imej dan visual yang disajikan dalam filem ini. P.Ramesh. Ini filem pertama P.Ramesh bersama produksi Nusantara Seni Karya. Ia tidak mengecewakan, namun ada beberapa part yang agak 'menganggu' mata aku dalam filem ini. Babak 3D kemusnahan bangunan Highland Tower (aku rasa bangunan tu dalam filem ini - walapun tak de bukti yg kata itu highland tower tapi aku pasti). Visual 3D cuba menjadi realiti tapi aku tabik pada director filem ini bersama tenaga krewnya. Mereka mencuba, tapi ada penonton yang suka membandingkan filem Malaysia dengan filem luar negara dari sudut CGI dan 3Dnya.. Terpulang pada anda.. Hak anda untuk memberi komen sebab anda membayar harga tiket untuk menonton sesebuah filem di pawagam. Tapi, usah bandingkan sebab 'bajet' kita tak se 'hot' bajet produksi luar yang satu filem boleh bajet dalam setengah 'billion'.. Kita?.
Menariknya PAKU terletak pada perjalanan 'cerita' dalam filem ini. Ia berkisar tentang Fahmi seorang lelaki juga suami yang kematian isterinya. Demi cinta matinya terhadap isterinya, Fahmi sanggup menemui dukun atau bomoh semata-mata mahu menghidupkan roh isterinya. 'Yang Mati tetap akan mati.. dia tidak boleh hidup kembali'. Tiada sesiapa boleh menghidupkan atau mematikan seseorang manusia melainkan Allah S.W.T. Shahriza Mahmud selaku penulis skrip filem ini memberikan kita satu jalan cerita yang agak berbeza walaupun acuannya tetap sama dan tidak boleh lari dari kebanyakkan naskhah filem seram yang ada dan pernah diterbitkan di Malaysia. Namun, jujur ku katakan bahawa PAKU seakan-akan filem seram dari negara Indonesia, bahkan penerbitnya Raam Punjabi, penerbit filem-filem seram dari Indonesia. Itu kelebihan produksi ini.
Bagi anda peminat filem seram, pergi tonton filem ini. Walaupun ia 'tidak memperkatakan sesuatu', namun 'penonton suka' dan 'ada yang terhibur' dengannya.
Selamat menonton.
Tonton di pawagam bukan di rumah anda.
*maaf review pendek aje.. sebab aku tak tau nak tulis apa. hehhee*
0 Ulasan