Mungkin sesetengah dari kita tidak mengambil peduli tentang istilah 'kualiti' dan 'kuantiti'. Ia merupakan dua perkataan yang memberikan definisi yang sangat perbeza dari segi maksud, fahaman, gerak kerja dan sasaran mahupun target. Dalam dunia kerjaya khususnya di sektor kerajaan mahupun swasta, kuantiti menjadi pertaruhan di antara kita bagi mencapai visi mahupun KPI atau kata khasnya merujuk kepada Key Performance Indicators iaitu satu kaedah yang digunakan bagi mengukur prestasi kerja seseorang individu dalam sesebuah organisasi. Namun, harus diingat bahawa bagi menjamin kuantiti yang bagus dan cemerlang, kita haruslah menjaga 'kualiti' atas setiap cabang kerja yang kita lakukan. Sekiranya kita melaksanakan kerja semata-mata mahu memiliki KPI tertinggi dalam setahun dengan mengabaikan soal kreativiti kita mengurus, melaksanakan, dan melakukannya, maka kita boleh dianggap seorang yang 'kerja sambil lewa, tidak produktif dan sukar berjaya'.
Perkara ini harus difahami oleh seseorang majikan, ketua, mahupun supervisor yang menjadi orang tengah antara anda dan dunia kerjaya. Mereka ini wajar berfikiran positif dan tahu apa yang perlu dilakukan bagi memantapkan sesebuah organisasi. Sekiranya ada perkara yang 'menghalang' atau 'tidak boleh', maka seseorang majikan atau ketua itu perlu berfikir dan mencari jalan terbaik untuk melaksanakan sesuatu kerja tanpa mengabaikan soal produktiviti, kerana bekerja sambil lewa, cukup-cukup makan dan seringkali berfikir 'ala buat je.. buat je.. kan bajet tak de''.. harus dibuang jauh kerana individu yang berfikiran sebegini adalah mereka yang tidak layak digelar 'ketua, majikan mahupun boss'.
Merujuk pada isu ini, kita boleh memberikan contoh terdekat misalnya dalam bidang hiburan dan filem. Soal pengurusan bajet menjadi tonggak utama dalam merealisasikan sesuatu. Sekiranya kita beranggapan 'buat je macam nie.. kan save bajet.. tak payah buat yang meletop pun.. kita buat je macam nie.. janji siap dan tayang'.. Oleh itu, apakah individu yang berkata sedemikian layak digelar produktif sedangkan mereka tidak boleh membuat keputusan adalah antara mereka yang tidak layak memiliki gaji yang mahal dan semahal gaji yang diberi tentulah boleh memberikan sesuatu yang 'menarik, gempak dan mampu diingati sepertimana karya-karya iklan Petronas yang setiap tahun meninggalkan impak dan kegilaan penonton terhadap visual dan plot penceritaannya.
Justeru, perubahan perlu dilakukan dalam setiap organisasi dan cabang kerja yang dilakukan agar apa yang kita hasilkan tidak menjadi sia-sia. Dan apa yang pasti, sekiranya kita tidak mahu berubah dan melangkah setapak, duduklah dalam tempurung dan lakukan perkara yang sama saja dalam kerja.. tentunya anda dan organisasi anda akan terus diingati sebagai pelopor karya sendu buat selama-lamanya.
Tepuk dada tanya selera..
wallahuallam.
0 Ulasan