Selepas
karya mengenai P.Ramlee yang diterjemahkan dalam pelbagai versi, kini
tibanya giliran Saloma pula. Biduanita Negara yang mencipta nama sebagai
pelakon dan penyanyi itu boleh ditonton secara ekslusif mulai 28 Ogos
2014. Diterbitkan dalam 2 episod dengan durasi sekitar 110 minit, Saloma
Bahagian 1 : Mencari Guruh dan Saloma Bahagian 2: Pandang Kaseh
merupakan antara karya Melissa Saila yang boleh dianggap agak hebat,
klasik, dan romantik kerana ia merupakan sebuah cerita biografi tentang
Saloma dari saat dia kecil, remaja, dewasa hinggalah ke detik terakhir
dalam hidupnya.
Diterbitkan
produksi Kus Semangat Aktor Sdn Bhd, Saloma yang diterajui Nabila Huda
(Saloma), Tony Eusoff (P.Ramlee), Azhan Rani (A.R Tompel), Sazzy Falak
(Mariani), Julia Ziegler (Norizan), Sharifah Armani (Siput Sarawak),
Hasnul Rahmat (Pak Mam) dan ramai lagi ; merupakan sebuah kisah tentang
perjalanan hidup seorang insan seni hebat bernama Saloma. Keanggunan
dan kekuatan diri Saloma digambarkan secara terus menerusi dua episod
Saloma yang akan ditayangkan bermula hari ini (28 Ogos 2014) hanya di
Astro First Ekslusif. Suka duka hidup, segala tangisan, penat lelah,
cinta, kasih sayang dan impian cuba dijejaki dalam sebuah biografi ulung
hasil ilham Seniwati Mariani yang berjaya digarap anaknya, pengarah
Melissa Saila.
Saloma,
boleh ditonton dengan melanggan 2 episod Saloma dengan harga langganan
RM20 bagi tempoh siaran selama 48 jam selepas pembelian. Bagi anda
peminat filem dan muzik Saloma, jangan lepaskan peluang keemasan ini
untuk melanggan filem ini hanya di Saluran Astro First Ekslusif .
Menariknya, penyanyi Liza Hanim juga turut menyumbangkan vokalnya dalam
menyanyikan beberapa buah lagu dalam filem ini.
Saloma..
Senimu tetap dikenang, dihargai, dipuja hingga berjuta zaman sepertimana kehebatan Seniman Negara Tan Seri P.Ramlee.
0 Ulasan