Rangkaian pawagam terbesar di Malaysia, Tanjong Golden Village (TGV Cinemas) yang mempunyai lebih 25 panggung wayang di seluruh Malaysia termasuk Sarawak, kini antara pawagam yang menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk menonton sesebuah filem. TGV Cinemas pada mulanya di Sunway Pyramid antara pawagam terbesar di Malaysia, selepas itu di TGV KLCC, kemudiannya tumbuh di merata tempat di Kuala Lumpur dan seluruh bandar di Malaysia, bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Kemunculannya memberi saingan positif kepada pemilik pawagam lain seperti GSC Cinemas, MBO, Lotus Five Star dan sebagainya.
Dalam kelembapan penjualan tiket bagi sesebuah filem, jumlah tontonan di pawagam boleh dikatakan agak positif, walaupun kehadiran sumber hiburan lain seperti rangkaian tv berbayar, internet, dvd mahupun aplikasi download movie dalam talian. Menonton filem di pawagam memberikan dimensi berbeza dalam dunia hiburan. Kehadiran kualiti gambar dan bunyi seumpamanya Atmos, Atmos DBox, Imax, THX, Dolby Surround , 3D Movie dan sebagainya dalam sesebuah filem di pawagam tidak boleh bersaing dengan kualiti di rumah, kecuali bagi mereka yang memiliki sistem surround tersendiri yang kosnya agak mahal dan sukar dimiliki.
Berbekalkan semangat itu, pawagam TGV kini memberikan kualiti tontonan dengan kadar minimum bagi mereka yang sentiasa menonton filem di pawagam samada sebagai 'hobi, kerjaya, hiburan seisi keluarga' dan sebagainya. Pada mulanya, TGV memperkenalkan Movie Club, di mana peminat filem boleh mendaftar sebagai ahli dan diberikan kad keahlian Movie Club yang harus di kemaskinikan setiap tahun. Mereka yang memilikinya boleh menonton sesebuah filem di pawagam TGV dan mendapat faedah sebagai ahli Movie Club yang agak berbeza dengan penonton biasa. Terbaru, TGV memberikan faedah sepanjang tahun bermula Januari 2014 hingga Disember 2015, dan mungkin akan dilanjutkan jika ada permintaan, melalui TGV Cinemas Privelleges.
TGV Cinemas Privelleges atau faedah terbaik dengan kadar maksimum oleh TGV, antara platform baik bagi pencinta filem untuk mendapatkan kualiti tontonan secara berhemah di pawagam dengan kos yang agak fleksibel tanpa caj sampingan atau sebagainya. Faedah ini hanya untuk standard movie, dan tidak diberikan pada 3D Movie, Twin, Luxe, Indulge, Premium dan Beanie, tetapi mengikut syarat-syarat yang disediakan oleh pihak TGV Cinemas.
'Buy 1 Free 1 every weekend of July- September 2015, Buy 1 Free 1 every thursday for Standard Halls, RM10 every day for Standard Halls before 6pm, 20% off on F&B outlets, dan 10% off on Concession Counters', antara faedah yang disediakan TGV Cinemas pada 2015 untuk peminat dan penonton filem. Bagi mereka yang sentiasa mengatakan harga tiket mahal, bolehlah menonton filem di TGV dengan kadar serendah RM10 ringgit sebelum jam 6.00 petang di mana-mana rangkaian pawagam TGV seluruh Malaysia, tetapi pembayaran tiket harus dibuat melalui Maybank Visa or MasterCard , Amex or Debit Card or Credit Card, di kaunter sahaja bagi semua judul filem di TGV kecuali Indulge Movie, Beanie, Twin, Premium, 3D Movie, IMAX Movie atau promosi lain secara berperingkat oleh TGV Cinemas. Sebarang maklumat atau info mengenai promosi ini, sila klik di sini.
Tonton di pawagam bukan di rumah anda. Tepuk dada tanya selera.
Oleh: Amy Ikram, Hak Cipta Terpelihara 2015 amyikram.com. Sebarang cetakan semula samada salinan dalam apa jua sekalipun adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis dari pemilik laman ini. Harap Maklum.
2 Ulasan