SENIWATI NENG YATIMAH MENINGGAL DUNIA

Seniwati Filem Melayu Klasik era-50an, Neng Yatimah atau nama sebenarnya Buntat Ahmad, 92 tahun meninggal dunia di Singapura, awal pagi Sabtu 19 Mac 2016 kira-kira jam 10.00 pagi akibat barah kolon dan masalah jantung.

Primadona terkenal era Studio Jalan Ampas itu membintangi hampir 20 buah filem melayu antaranya, Takdir Ilahi, Nilam, Patah Hati, Ibu, Seri Mersing, Batu Belah Batu Bertangkup, Mama oh Mama dan banyak lagi. Bintang filem air mata itu akan disemadikan di Pusara Abadi Singapura selepas solat Zuhur, dan beliau merupakan ibu kandung kepada Seniwati tersohor Allahyarhamah RoseYatimah dan anak menantunya adalah seniman veteran Allahyarham Datuk Mustafa Maarof.


Salam takziah buat keluarga Allahyarhamah, moga rohnya ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan dicucuri rahmat.

AL FATIHAH

Catat Ulasan

1 Ulasan

Unknown berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.