Tiada lagi panggung wayang di bumi Cik Siti Wan Kembang ini memberi
tanda tanya yang cukup serius meskipun hampir dua dekad lalu kini masih
belum diselesaikan lantas menyebabkan kemudahan hiburan tidak wujud di
negeri tersebut.
Kewujudan pawagam di Kelantan mempunyai hak
asasi komuniti , pemikiran ekologi ,sejarah dan budaya di negeri
tersebut yang mendapat perhatian positif penonton dan penggiat industri
kreatif sepanjang satu hari berlangsung di Content Malaysia Pitching
Centre, Kuala Lumpur semasa ‘Sesi Dialog : Perlukah Pawagam Komuniti Di
Kelantan’, pada 20 April 2016.
Menurut Pengarah Komersil Finas ,
Azmir Saifuddin Mutalib , melihat keunikan sinema di Kelantan mempunyai
beberapa faktor antaranya ialah masa operasi bermula jam 3 petang dan
ke atas.
Katanya , meskipun pengisian amat berat tetapi pihak
pawagam harus memberi peluang kepada waktu operasi kerana mematuhi
Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998 yang ditetapkan
kerajaan negeri.
Beliau berkata, antara syarat yang ada di dalam
enakmen tersebut adalah tidak dibenarkan sebarang tayangan pada waktu
solat bagi menghormati sensitiviti masyarakat di negeri tersebut .
Selain daripada itu , faktor kedua pula, penggiat kreatif yang ingin
membuat prebiu filem , misalnya mereka berasal dari Kelantan ianya satu
bonus tetapi tidak bermakna pembikin filem lain diketepikan serta merta
malah diraikan juga.
Tambahnya lagi , golongan belia khususnya
di Kelantan bertanggung jawab memulakan promosi dengan mengetengahkan
‘filem bukan sekadar hiburan ‘, agar masyarakat memahami fungsi filem
itu sendiri. Beliau berkata , pihak Finas percaya tiada
halangan untuk mewujudkan pawagam komuniti Kelantan, dilihat sebagai
tindakan positif untuk merealisasikan impian sesetengah pembikin dan
karyawan filem tempatan.
Pelakon dan Pengarah , Pekin Ibrahim
menyifatkan golongan belia sebagai pembangkin transformasi filem di
Kelantan sekiranya pawagam komuniti dilaksanakan. Menurut Pekin
,perkembangan ekonomi merupakan proses kenaikan jumlah pendapatan belia
secara progresif ke arah mencapai modenisasi masa kini dalam kehidupan
mereka .
Tambahnya lagi , pihak Finas sendiri mengadakan aktiviti
produktif sekaligus meningkatkan promosi Festival Filem Malaysia( FFM)
yang berperanan besar dalam meningkatkan ekonomi negara .
Hal ini
demikian, golongan belia juga dilihat bakal menerajui generasi filem
pada masa akan datang dan perkara ini perlu diambil serius terhadap
meningkatkan aktiviti pelancongan khususnya dalam konteks plot
penceritaan bagi pembikinan sesebuah naskhah.
Melalui pendekatan
ini Pekin berkata , zaman sekarang ‘tiada Bintang Filem dapat dilahirkan
lagi, cuma hanya sekadar Pelakon Filem sahaja membanjiri Sinema
Malaysia bahkan , kandungan di kaca televisyen kadang-kadang
mendatangkan keburukan ( tidak semua) jika dibandingkan dengan pawagam.
Sekiranya hasil filem kreatif di bawa ke pawagam, ianya perlu menerusi
Lembaga Penapisan Filem (di bawah Kementerian Dalam Negeri) ini kerana
plot cerita yang ‘absurd’ boleh diakses penonton tanpa batasan
berbanding filem diklasifikasikan agar tidak menyalahi syariah .
Wan Syahrul Amry, Timbalan Pengerusi Biro Penerangan Dan Aduan, Persatuan
Anak-Anak Kelantan Darul Naim pula berkata , pawagam di Kelantan
diwujudkan sebagai satu platform untuk rakyat Kelantan khususnya ataupun
bukan.
Menurut Wan Syahrul, Finas membantu merakyatkan filem
dalam konteks idea untuk komuniti dan keluarga dikongsi satu Malaysia
bagi membantu industri perfileman di Kelantan, agar ‘bangkit‘dengan
sendiri sekiranya pawagam dilaksanakan. - FINAS MEDIA
Oleh: Aidi Emizul Rasidi, Amy Ikram
Gambar: Zara Jeffry
Gambar: Zara Jeffry
Artikel ini disiarkan pada: Khamis, 21 April 2016 @ 4.10 pagi
0 Ulasan