Filem
Polis Evo terbitan Astro Shaw telah berjaya mencipta fenomenanya tersendiri
pada tahun 2015. Filem ini bukan sahaja berjaya meraih kutipan tertinggi box
office Malaysia sebanyak RM17.47 juta, malah terbaru, Polis Evo telah diangkat
sebagai pemenang anugerah Gold Award di Appies Malaysia Marketing Congress 2016
(Appies Malaysia) pada 20 Mei lalu.
Persidangan
dan Anugerah Appies Malaysia 2016 yang berlangsung selama dua hari bermula 19
Mei 2016 sehingga 20 Mei 2016 telah dianjurkan oleh Institut Pengiklanan dan
bertujuan untuk meraikan serta mempamerkan kempen pemasaran terbaik di
Malaysia. Setelah tujuh tahun acara tahunan ini bertapak di Singapura, tahun
ini julung-julung kalinya diadakan di Malaysia dan bertempat di Hotel Eastin,
Petaling Jaya.
Sebanyak
18 anugerah telah diberikan yang terdiri daripada 10 anugerah emas, enam
anugerah perak dan dua lagi adalah anugerah pembentangan terbaik. Pada hari tersebut,
wakil pemasaran filem Astro Shaw, Mohd Faizal Fauzi telah membuat
pembentangan mengenai kehebatan filem Polis Evo.
Antara
yang bertanggung jawab dalam penglibatan Polis Evo ke Appies ialah Ketua
Pemasaran Bahagian Melayu Astro, Jastina Arshad, Norsalvina Alwee, Mohd Faizal
Fauzi, Zahirah Abdul Rahim, Mohd Azwan Abdullah, Muhammad Naqib Othman,
Noorhirwan bin Ibrahim, Ira Fazir Che Ishak dan Sharad Sean Kumar.
Pemenang
dinilai berdasarkan empat kriteria utama iaitu kejelasan objektif, strategi
idea, pelaksanaan dan hasil kempen berkenaan. Trofi kemenangan itu disampaikan
oleh Presiden Appies Malaysia, Harmandar Singh, diiringi Ketua Pegawai
Pemasaran CIMB Group Holdings, Mohamed Adam Wee Abdullah.
© Amy Ikram Media.
5 Ulasan