Ketua Pengarah FINAS, YBhg. Dato’ Kamil Othman telah menggariskan
kepentingan pelan pembangunan modal insan bagi generasi muda khususnya
pelajar sekolah di dalam mengerakkan transformasi industri kreatif
negara dan seterusnya memacu kemajuan ekonomi industri.
Beliau
yang ditemui sebagai tetamu kehormat ketika merasmikan Majlis Penutup
dan Penyampaian Anugerah kepada Pemenang Pertandingan Video Dokumentari
Soft Skills Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) 2016 di Content Malaysia
Pitching Centre juga memuji inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia
bagi melahirkan generasi pelajar yang memanifestasikan 13 kemahiran soft
skills sejajar dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan melalui
medium filem. Perkembangan progresif ini juga menjana kepada
usaha FINAS menjadikan industri sebagai penjana ekonomi termasuklah
aspek-aspek berkaitan seperti harta intelek, kualiti
kandungan,penceritaan,pemasaran,infrastruktur dan lain-lain lagi.
Ujarnya lagi, “FINAS berperanan membina lebih banyak kerjasama dua hala
bersama badan-badan kerajaan, insititusi pengajian tinggi, NGO,
persatuan dan pihak komuniti secara lebih menyeluruh termasuklah
Kementerian Pendidikan Malaysia bagi terus meneroka potensi pelajar
melalui kemahiran asas penerbitan filem pendek dan dokumentari kerana
mereka adalah pelapis kepada industri kreatif ini yang mempunyai masa
depan yang cerah melalui pelan pembangunan yang dirancang seperti contoh
program Jom Buat Filem Pendek untuk pelajar sekolah menengah selain
program Kelab Pencinta Filem FINAS yang diiktiraf Kementerian Pendidikan
Malaysia sebagai merit aktiviti ko kurikulum”.
Kamil yang
ditemani Tn Hj Shabudin Hassan, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian
Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan Kementerian
Pendidikan Malaysia dan En. Dzulkarnain Abdullah, Timbalan Dekan ASWARA
telah menyampaikan hadiah kepada pemenang video bagi 11 kategori yang
dibikin oleh para pelajar sekolah rendah dan menengah mewakili
Sekolah-Sekolah Berprestasi Tinggi yang mengambil bahagian.
SENARAI PENUH PEMENANG PERTANDINGAN VIDEO DOKUMENTARI SOFT SKILLS SBT 2016
SJKC Kuen Cheng 2 (Sekolah Rendah)
S.M Sultan Abdul Halim (Sek. Menengah)
TEMPAT KEDUA
SK Setiawangsa (Sekolah Rendah)
SMKA Naim Lil Banat (Sek. Menengah)
TEMPAT KETIGA
SJKC Ave Maria Convent (Sek.Rendah)
SMK (P) ST George (Sek. Menengah)
TEMPAT KEEMPAT
SK Bandar Penawar 2 (Sek. Rendah)
Sek. Dato' Abd Razak (Sek. Menengah)
TEMPAT KELIMA
SK Convent Green Lane (Sek. Rendah)
SBP Integrasi Jempol (Sek. Menengah)
THE MAKING OFF TERBAIK
SK Setiawangsa (Sek. Rendah)
SM Sultan Abdul Halim (Sek. Menengah)
PENERAPAN SOFT SKILLS TERBAIK
SJKC Ave Maria Convent (Sek. Rendah)
SM Sultan Abdul Halim (Sek. Menengah)
ANUGERAH KHAS JURI
SK Bandar Penawar 2 (Sek. Rendah)
SMK (P) St George (Sek. Menengah)
PENGACARA TERBAIK
(1) Muhammad Hazwan b. Najib Rashdan
(2) Syed Muhammad Kadzim Al Atas bin Syed Sheikh Al Atas
SK Setiawangsa (Sek. Rendah)
(1) Nurin Nabeeha bt Ramlan
SM Sultan Abdul Halim (Sek. Menengah)
PENULIS SKRIP TERBAIK
Tuan Aisyah Balqis Tuan Adnan
SJKC Kuen Cheng 2 (Sek. Rendah)
Aisyah Mahyin
Wan Aini Nasuha Wan Rosdi
Nur Fathiah Mohammad Saupi
Nurul Ainaa Syuhada Yaacob
SMKA Naim Lil Banat (Sek. Menengah)
GURU PEMBIMBING TERBAIK
Pn Foong Wai Yoke
SJKC Ave Maria Convent (Sek. Rendah)
Fauziah binti Mohamed Said
SM Sultan Abdul Halim (Sek. Menengah)
Tahniah buat semua pemenang.
0 Ulasan