Sempena meraikan ulang tahun yang ke 10 Bunkface dalam industri muzik
tempatan, satu sidang media khas mengenai penganjuran Konsert Bunkface X
dan pelancaran koleksi album Bunkface telah diadakan di Matic, Kuala
Lumpur pada petang Selasa, 29 November 2016. Konsert yang bakal
berlangsung pada 24 Disember 2016 itu memilih Stadium Chin Woo, Kuala
Lumpur sebagai lokasi penganjuran.
Menariknya, album khas yang mengandungi beberapa buah lagu hits Bunkface dari album terdahulu, terkandung
dalam Siri Koleksi Bunkface X yang akan dijual pada malam konsert di
mana peminat muzik tempatan boleh memiliki album tersebut yang turut
dicetak dalam bentuk Kaset (cetakan terhad) selain CD dan digital.
Bunkface yang dianggotai oleh tiga orang anak muda ini merupakan
kumpulan muzik band pertama di Malaysia yang berkolaborasi bersama
sebuah syarikat makanan antarabangsa, Miami Grill untuk membuka cawangan
keduanya di SACC Mall, Shah Alam, Selangor. Ketika berucap merasmikan
album tersebut, vokalis Bunkface, Sam melahirkan rasa teruja dengan
penglibatan mereka dalam dunia perniagaan makanan selain perfume dan
merchadise yang merupakan antara produk terlaris di bawah jenama
Bunkface. Ini penyertaan mereka bagi memantapkan jenama Bunkface dalam
industri muzik tempatan.
Konsert Bunkface X telah mula dijual semenjak 21 Oktober lalu , dan peminat muzik boleh mendapatkan tiket tersebut di laman www.myticket.asia sekarang, yang berharga RM50, RM70 dan RM140 bagi VIP.
Oleh: Amy Ikram, Gambar: Ruffey Rahman, OMS!© 2016 Semua Hak Cipta Penulisan Kreatif adalah terpelihara milik penulis. Sebarang cetakan semula dalam apa jua platform sekalipun tanpa kebenaran penulis adalah dilarang.
0 Ulasan