Memorandum Persefahaman Penerbitan Dokumentari Sejarah Perkembangan
Islam di Dunia telah dimeterai di antara Universiti Sultan Azlan Shah
(USAS), Global Station Sdn Bhd dan Measat Broadcast Network System Sdn
Bhd (ASTRO) telah diadakan di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Kuala
Kangsar pada 4 Januari 2017.
Dokumentari yang mengisahkan tentang
zaman kegemilangan penaklukan islamiah pada abad ke-19 dengan merujuk
kepada aspek perundangan dan cara hidup ini juga memberi penekanan
kepada unsur fikah, sirah, dan senibina islam sebagai inspirasi dalam
konteks peradaban dunia islam. Kejayaan meneroka dunia tanpa sempadan
dalam menterjemahkan pemikiran sejagat ini dihuraikan dalam sebuah
penerbitan eksklusif yang bakal memulakan penggambaran tidak lama lagi.
Usahasama penghasilan dokumentari ini merupakan produksi di bawah
naungan Uthmaniyah dan Dokumentari Nur Hikmah.
Ketika ditemui
media, Dato' Mohd Khusairi Abdul Talib, Pengerusi FINAS menyifatkan
penerbitan dokumentari antara Global Station Sdn Bhd, Astro dan USAS ini
merupakan usahasama yang julung kali dilakukan. Ia bertujuan untuk
mendedahkan kepada khalayak penonton tentang kefahaman dunia islam
secara terperinci melalui beberapa fakta dan visual yang disajikan.
Keistimewaan dalam aspek cara hidup tanpa melupai asal usul menjadi
aspek terpenting dalam pembikinan sebuah naskhah. Tambahnya lagi, pihak
FINAS amat menyokong penuh dengan usahasama dalam menghasilkan sebuah
cerita yang menarik dan unik serta mempunyai daya pemikiran dan sahsiah
yang tinggi dalam garapan penceritaannya, seterusnya dapat menerokai
pasaran antarabangsa di seluruh dunia melalui penyertaan Astro sebagai
rakan penyiar.
'Dalam usaha memberikan kandungan rancangan yang
berkualiti tinggi dan terbaik kepada pelanggan setia kami, penerbitan
dokumentari ini merupakan projek unggul bagi tahun 2017 dan melaluinya
juga, kita dapat mengetahui selok belok sejarah dan tamadun islam pada
zaman dahulu. Ia idea yang sudah lama diperbincangkan bersama, dan
apabila Global Station menyatakan hasrat untuk menghasilkannya, kami
terbuka dan bersetuju untuk bekerjasama', ujar Dato' Khairul Anuar
Salleh, Naib Presiden Melayu Astro dengan nada penuh keterujaan melalui
jalinan kerjasama antara Universiti Sultan Azlan Shah, Global Station
dan Astro sendiri.
Manakala Penerbit Global Station Sdn Bhd,
Datin Zaiton Mohd Jiwa pula berpendapat, 'sejarah zaman silam
terutamanya dalam konteks peradaban islam merupakan aspek yang cukup
menarik untuk dibincangkan. Ia menjadi tanda aras kepada penerbitan
dokumentari ini yang mendapat kerjasama penuh dari Universiti Sultan
Azlan Shah, Kuala Kangsar dari segi fakta dan kajian melalui penglibatan
beberapa tenaga penyelidik yang professional dan bertauliah. Ini
jalinan kerjasama yang cukup membanggakan kami sebagai pengkarya,' ujar
penerbit wanita yang cekal dan berdiri kukuh di sebalik jenama Global
Station itu melalui ratusan beberapa buah drama terbitannya.
Dokumentari yang mendedahkan secara terperinci tentang tamadun islam dan
Uthamaniyah ini memilih Turki sebagai salah sebuah lokasi penggambaran
dan bakal menemui penonton tempatan dan antarabangsa hujung tahun 2017
dan awal tahun hadapan.
Majlis bersejarah ini juga dihadiri oleh
YBhg. Tan Sri Prof Dr. Nordin Kardi, Naib Canselor Universiti Sultan
Azlan Shah, YB Dato' Mohd Khusairi Abdul Talib, Pengerusi FINAS, YB
Dato' Mohamad Kamil Shafie, Ahli Dewan Undangan Negeri Manong, Dato'
Khairul Anwar Salleh, Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro dan Datin
Zaiton Mohd Jiwa, Penerbit Global Station Sdn Bhd.
0 Ulasan