Adiwiraku menghidupkan kisah pelajar SMK Pinang
Tunggal di Sg Petani, Kedah yang berusaha untuk menyertai pertandingan 'choral
speaking' walaupun mengetahui peluang yang terlalu
tipis untuk menang. Cheryl Ann, seorang guru bahasa inggeris dari Bandar Kuala
Lumpur, terpaksa berhijrah ke sekolah tersebut bagi merealisasikan impian segelintir
guru untuk melihat prestasi dan kemajuan sekolah tersebut dari segi pembangunan
dan sahsiah pembelajaran para pelajar SMK Pinang Tunggal. Berbekalkan semangat
dan jatidiri yang kental, Cheryl bersama-sama seorang guru lelaki mengambil
inisiatif dengan memperkenalkan teknik ‘choral speaking’dengan mewujudkan
sebuah kumpulan yang terdiri daripada 35 pelajar sekaligus membentuk sahsiah
dan peribadi mereka agar menjadi pelajar yang berkeyakinan dan mempunyai
semangat kerjasama yang tinggi.
Eric Chong, Pengarah
Diinspirasikan dari
sebuah kisah benar, Adiwiraku meneroka beberapa sisi dan pandangan hidup
golongan pelajar dan pendidik tanpa terpisah jalinan keduanya. Ini mewujudkan
perspektif hidup bahawa golongan pendidik harus memainkan peranan penting bagi
melahirkan pelajar yang mempunyai daya imaginasi yang tinggi dalam kehidupan.
Menariknya, filem yang diterbitkan oleh Sol Pictures Sdn Bhd itu menampilkan
pelakon Sangeeta Krishnasamy yang memegang watak sebagai Cheryl Ann Fernando.
Ia dibantu oleh Xavier Fong, Farra Safwan, Wan Azlyn dan Adnin Zidane.
Ketika ditemui media
di malam gala filem Adiwiraku di e@Curve, Damansara, Eric Chong, pengarah dan
penerbit filem tersebut, berkata, ‘Adiwiraku adalah sebuah kisah benar yang
berlaku di sebuah sekolah di Kedah. Kami mengambil peluang dengan
menterjemahkan kepada khalayak penonton melalui platform visual dalam bentuk
filem. Pemilihan pelakon di kalangan para pelajar adalah satu bonus. Watak yang
dimainkan setiap pendukung ceritanya menjalani sesi ujibakat sebelum
penggambaran, masing-masing memberikan komitmen yang tinggi dan menakjubkan'. Sangeeta
Krishnasamy yang melakonkan watak Cikgu Cheryl pula berpendapat, ‘Adiwiraku
sebuah karya yang cukup istimewa, memegang peranan dalam sebuah kisah benar
mencabar jiwa saya kerana saya perlu memahami karektor dan perjalanan kisah
guru tersebut. Ini memberikan pengalaman yang cukup berharga bagi saya. Tonton
dengan jiwa yang terbuka, pasti anda akan dapat apa di cari’, jelas model dan
pelakon cantik Sangeeta Krishnasamy yang terkenal dalam industri filem tamil di
Malaysia.
Bakal mencetuskan
fenomena apabila di tayangkan kelak, Adiwiraku akan menemui penonton dan
peminat filem tanahair bermula 9 Mac 2017.
Adiwiraku merupakan filem tempatan yang menyertai Equality International Film Festival dan Finalist bagi Phoenix Film Festival 2017 di Melbourne, Australia. Ia juga mendapat sokongan daripada EduNation Malaysia yang merupakan sumber pendidikan online terbesar dalam bidang pendidikan menengah dan rendah.
Adiwiraku merupakan filem tempatan yang menyertai Equality International Film Festival dan Finalist bagi Phoenix Film Festival 2017 di Melbourne, Australia. Ia juga mendapat sokongan daripada EduNation Malaysia yang merupakan sumber pendidikan online terbesar dalam bidang pendidikan menengah dan rendah.
Foto : Zara
#Adiwiraku
0 Ulasan