Pada detik ini, 25 tahun kita kehilangan sebutir permata yang amat
berharga.Pemergiannya pada tanggal 22 Februari 1992, meninggalkan sejuta
legasi yang akan terus dikenang dalam lanskap industri muzik tanah air.
Kemunculannya pada awal era 70an, menerusi rakaman pertama, Teriring
Doa (1976) adalah kesan daripada kemenangannya dalam Juara Bintang RTM
1976. Album pertama yang dirakamkannya ke dalam bentuk piring hitam
diterbitkan EMI Music pada tahun 1978, 'Aku Penghiburmu'. Dilahirkan
pada 25 Mei 1954, 'Penghibur Serba Boleh' yang mencipta nama di
peringkat antarabangsa ini dikenali sebagai 'Penghibur No 1 Asia', Dato'
Sudirman Hj Arshad.
Anak
jati Pahang ini memiliki kredibiliti tinggi dari segi penglibatannya
dalam arena seni tanah air dengan merakamkan lebih dari 18 buah album
dalam bahasa melayu dan 2 buah album dalam bahasa Inggeris. Lagu-lagu
dendangannya menjadi siulan anak muda ketika itu sehingga beliau antara
penyanyi pujaan lewat 80an dan kebanyakkan lagu popularnya adalah
berkisarkan riwayat hidup dirinya tentang 'kehidupan, masa depan dan
perasaannya' dalam dunia yang dikecapinya.
Pelbagai kejayaan
diperolehinya dari tahun 1976 hinggalah ke tahun 1989. Namanya terus
meniti di bibir peminat muzik tanah air, beliau dipuja seluruh rakyat
Malaysia sehingga menjadi antara penyanyi kesayangan ramai yang
mempunyai bakat luar biasa. Selain dikenali sebagai penyanyi, Sudirman
mula melibatkan diri dalam dunia lakonan, melalui filem pertama
lakonannya berjudul 'Kami'. Filem yang diterbitkan tahun 1982 ini
diarahkan Patrick Yeoh, mengisahkan tentang persahabatan antara Tooko
dan Din, yang mengejar impian untuk menjadi seorang penyanyi.
Pada tahun 2011, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)
melalui bahagian Produksi, telah menerbitkan dokumentari Sudirman di
saluran History yang bertajuk “Sudirman Arshad”. Dokumentari berdurasi
60 minit itu diterbitkan bersama AETN All Asia Networks yang telah
disiarkan pada 20 Februari 2011 (Ahad), jam 10.00 malam. Ia memaparkan
suka duka pengorbanan seorang insan seni tersohor di sebalik nama
Sudirman Hj Arshad.
'Sampaikan salam buat semua
Salam terakhir salam teristimewa
Kepada kau yang tersayang
Pada teman yang ku kenang
Pemergian ku ini tak dirancang'
Salam terakhir salam teristimewa
Kepada kau yang tersayang
Pada teman yang ku kenang
Pemergian ku ini tak dirancang'
'Salam Terakhir buat bintang bergemerlapan yang dipuja. Pemergiannya satu kehilangan besar buat negara'.
Allahyarham Dato' Sudirman Hj Arshad
(25 Mei 1954 - 22 Februari 1992)
Moga rohnya dicucuri rahmat,
(25 Mei 1954 - 22 Februari 1992)
Moga rohnya dicucuri rahmat,
AL FATIHAH
0 Ulasan