'kemaafan
mungkin akan diperolehi sekiranya kita berusaha untuk menggapainya.
Nilai kasih sayang menjadi teras pemangkin kepada usaha memupuk jatidiri
kekeluargaan bagi membawa misi keharmonian dalam ikatan sebuah
keluarga', adalah ringkasan apa yang boleh diperkatakan menerusi 'You Mean The World To Me', bakal menjengah pawagam tempatan seluruh negara bermula 4 Mei 2017.
Saw
Teong Hin, sebelum ini terkenal dengan kejayaannya membawa filem epik
berbajet besar, Puteri Gunung Ledang (2004) sebagai karya pertamanya
bersama sutradara profilik Mamat Khalid, sehingga dinobatkan sebagai
Pengarah Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-18, 2005. Kemudian,
beliau mengarahkan filem 'Apa Kata Hati (2008)' dan 'Hoore! Hoore!
(2012)' sebagai filem berjiwa remaja sesuai dengan peredaran masa dan
sambutan peminat waktu itu. Setelah empat tahun menyepi, Saw Teong Hin
kembali mewarnai industri perfileman tanah air tahun ini menerusi 'You Mean The World To Me',
Filem yang menggunakan bahasa Hokkien dari Penang itu merupakan karya bertemakan 'kasih sayang sesama keluarga' di mana elemen 'jati diri, impian dan cita-cita'
menjadi fokus utama Saw Teong Hin sebagai pengkarya setelah 13 tahun
mengabdi diri dalam dunia sinema tempatan. Naskhah terbaharunya ini
membuktikan beliau antara pengarah berjiwa 'sentimental dan melankolik' di mana garapannya menerusi 'You Mean The World To Me'
amat menyentuh perasaan penonton. Filem yang diterbitkan oleh Astro
Shaw bersama produksi Real Films ini merungkai kisah tentang Sunny
(lakonan Frederick Lee), seorang pengarah filem yang pulang ke kampung
halaman di Pulau Pinang bagi sesi penggambaran projek terbaharunya
berbentuk autobiografi yang berkisarkan tentang keluarganya sendiri.
Kepulangannya disambut baik oleh ahli keluarganya, terutama kakaknya
Hoon (lakonan Yeo Yann Yann) dan dua orang ibu saudaranya. Semasa
menjayakan projek filemnya, Sunny sering dibayangi dengan kelibat
seorang anak lelaki sehingga menemukan dia kepada kisah silam antara
dirinya dengan ibunya (lakonan Neo Swee Lin) dan abangnya yang menghidap
gangguan mental, Boy (lakonan John Tan). Menerusi filem ini, penonton
di bawa menyelami beberapa karektor penting yang dipaparkan antara Sunny
dan ibunya. Pelbagai konflik melatari filem ini sehingga menimbulkan
tragedi hitam yang menyiksa jiwa dan raga.
'You Mean The World To Me',
merupakan sebuah cerita yang diinspirasikan dari kisah benar tentang
kehidupan silam 'Saw Teong Hin' sendiri. Suka duka kehidupan bergelar
'pengkarya filem', dipaparkan cukup indah menerusi karya keempatnya ini.
Filem ini membuka ruang dimensi dunia pengarahan berbentuk 'sinema dalam sinema'.
Saw Teong Hin begitu teliti dalam menterjemahkan karya ini menerusi
paparan sinematografi dan plot ceritanya. Walaupun dilihat agak mendatar
pada sesetengah babak, namun penonton diuji dengan karektor Sunny, Boy
dan ibunya yang dilihat sukar dipisahkan.
Menariknya,
filem ini menggunakan khidmat beberapa nama besar dalam dunia
perfileman antarabangsa, antaranya, Christopher Doyle, iaitu
sinematografer yang cukup dikagumi dengan hasil karyanya menerusi filem Wong Kar-Wai (In The Mood For Love) dan Zang Yimao (Hero). Turut
serta menjayakan filem ini adalah editor dan sinematografer Liao
Ching-Song yang pernah terlibat dalam filem The Assassin serta penyanyi
lagenda Taiwan, Zhao Chuan yang telah menyumbangkan suaranya untuk lagu
tema filem bertajuk 'Kam-Sia Li'.
Ketika berucap kepada media di sesi Tayangan Perdana filem ini di GSC Pavillion, Kuala Lumpur pada petang Rabu, Najwa Abu Bakar, Ketua Astro Shaw menyifatkan, "You Mean The World To Me' sebagai sebuah karya air mata dari Saw Teong Hin. Filem ini sebenarnya sebuah karya yang pernah dipentaskan di The George Town Festival 2014 di Pulau Pinang. Saw Teong Hin selaku pengarah dan penulis skripnya mahu membawa karya ini ke medium filem yang lebih luas. Melihat kepada sambutan yang cukup menggalakkan waktu itu, saya merasai ia sebuah naskhah yang akan mengujakan penonton kerana filem ini mengetengahkan nilai kasih sayang keluarga yang cukup hebat.Filem ini amat berbeza dengan karya yang pernah dihasilkan Saw Teong Hin dalam sinema tempatan sebelum ini.
Menampilkan beberapa pelakon hebat dari Malaysia dan Singapura antaranya, Frederick Lee, Yeo Yann Yann, Neo Swee Lin (pelakon Phua Chu Kang - watak emak), Steve Yap, Sue Tan dan Chelsia Ng, 'You Mean The World To Me', akan berada di pawagam tempatan bermula 4 Mei 2017.
Semua gambar dalam artikel ini adalah dilindungi di bawah Akta Hak Cipta 1987. Sebarang Salinan semula tanpa kebenaran adalah dilarang.

Gambar Sekitar Tayangan Perdana Filem
'You Mean The World To Me' di GSC Pavillion, KL pada 26 April 2017
Foto Oleh: Ruffey Rahman
Trailer Filem
Semua gambar dalam artikel ini adalah dilindungi di bawah Akta Hak Cipta 1987. Sebarang Salinan semula tanpa kebenaran adalah dilarang.
0 Ulasan