Mempertaruhkan hampir 11 buah lagu dalam satu album, penyanyi berbakat besar, Khai Bahar muncul dengan album sulung pertamanya berjudul 'Air Mata'. Album yang diterbitkan NAR Records itu menggabungkan beberapa komposer dan penulis lirik di antaranya, Manusia Putih, Azrul Azlan, Harris Yussof, Jim Bimasakti, Denny Mojo, Alam, Patrick Anohada dan juga Khai Bahar sendiri.
Menurut Ketua Pegawai Pemasaran NAR Records, Hj Kamal Kasim dalam satu kenyataan media menjelaskan, album yang mengandungi 6 lagu lama dan 5 lagu baharu itu merupakan hadiah terbaik Khai Bahar buat peminat industri muzik yang menyokong karier Khai selama ini. Khai Bahar atau nama sebenarnya, Muhammad Khairul Bin Baharuddin, 25 ; menyifatkan 'Air Mata' adalah momentum indah sepanjang 3 tahun perjalanannya dalam bidang nyanyian sehingga mengecapi pelbagai kejayaan di dalam industri hiburan dan muzik amnya'.
'Bayang, Dari Jauh Saja, Luluh, Rahsia Kita, #123, Air Mata, Keranamu, Dia, Penantian, Menyesal dan Cahaya 114', adalah seleksi lagu yang dimuatkan dalam 'Air Mata' yang sudah mula dipasarkan sejak semalam selepas ia dilancarkan di Neway, 1 Utama, Petaling Jaya, Selangor.
Album yang berharga RM 32.90 itu boleh dimiliki melalui wakil-wakil NAR Records dengan mengunjungi laman sosial Instagram Nar Records.
p/s: mengharapkan album ini diterbitkan dalam format vinyl atau piring hitam.
0 Ulasan