Astro Shaw dengan bangganya membawakan sebuah filem
Kekeluargaan Indonesia ‘Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini’ terus ke rumah anda di saluran Astro
First bermula 23 April ini. Istimewanya, ia merupakan filem pertama yang awalnya dijadualkan
untuk ke pawagam namun kini dibawa terus ke saluran Astro First secara eksklusif tanpa
ditayangan di pawagam. Ini adalah kerana bersempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang
dilanjutkan, pihak penerbit menyokong pihak kerajaan untuk menyeru rakyat Malaysia untuk
terus duduk di rumah sambil menonton filem yang berkualiti bersama keluarga.
Filem ini telah menjadi fenomena besar di Indonesia apabila berjaya meraih jumlah tontonan
sebanyak 2.2 juta penonton sekali gus menjadi filem genre drama keluarga nombor 1 terlaris di
Indonesia. Ia jua telah banyak menerima pujian daripada pengkritik dan peminat filem di sana.
Menurut Ketua, Naib Presiden Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad, apabila
rakyat Malaysia dinasihatkan untuk duduk di rumah bagi memutuskan rantaian Covid-19, Astro
Shaw tidak teragak-agak untuk menyajikan penonton dengan mempersembahkan filem yang
berkualiti. Jadi, kami bawakan secara eksklusif buat pertama kali filem yang masih belum
ditayang di pawagam tempatan terus ke rumah anda. Filem NKCTHI pada awalnya dijadualkan
untuk ditayangkan di pawagam Malaysia pada bulan April ini dan ia adalah sebuah filem yang
sarat dengan mesej kekeluargaan dan sangat dekat dengan masyarakat di Malaysia. Dalam situasi
PKP sekarang, filem ini dapat membawa kita kenal lebih dekat dengan ahli keluarga. Mungkin
sebelum ini kita terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing sehingga nilai kasih sayang antara
keluarga itu kurang. Semoga dengan kehadiran filem ini, ia dapat mencambah kembali nilai kasih
sayang di dalam sebuah keluarga dan penonton dapat terus kekal di rumah.
Perjalanan cerita NKCTHI berkisar tentang setiap ahli keluarga yang mempunyai karenah masing-
masing. Karekter yang penuh warna, emosi yang pelbagai dan juga impian yang berbeza-beza. Ini
dapat dilihat melalui filem yang melihat kehidupan keluarga Narendra bersama 3 orang anak
Angkasa, Aurora dan Awan. Amat menarik filem ini diadaptasi dari buku penjualan terbaik tahun
2018 di Indonesia dengan judul yang sama, ‘Nanti Kita Cerita Tentang Hari’ (NKCTHI).
Filem ini menyaksikan gabungan kerjasama Astro Shaw bersama penerbit yang sering
memenangi anugerah utama di Indonesia, Visinema Pictures yang juga merupakan penerbit filem
animasi terkenal Indonesia, NUSSA, bersama IDN Media, Blibli.com serta XRM Media.
Sementara itu, Penerbit Visinema Pictures, Anggia Kharisma berkata “Kisah ini sangat dekat
dengan kisah kehidupan kita sebagai anak, sama ada menjadi kakak, anak tengah, atau anak
bongsu. Filem ini juga mengungkapkan batasan sebagai ibu bapa untuk menyatakan kasih sayang
kepada anak-anak dan keluarga. Semoga dapat menghangatkan hati keluarga anda dan menjadi
pengalaman yang membuat kita mengasihi diri sendiri dan keluarga kita lebih baik di tengah-
tengah wabak sekarang,” tutur Anggia.
Penonton bakal menyelami setiap karakter NKCTHI menerusi lakonan hebat oleh pelakon dari
filem Dua Garis Biru, Rachel Amanda, Rio Dewanto (Gundala), Oka Antara (The Raid 2), Sheila
Dara (Ratu Ilmu Hitam), Chicco Jerikho (Felosofi Kopi), Susan Bachtiar (Surat Kecil Untuk Tuhan),
dan ramai lagi. Lebih menarik, naskhah ini adalah hasil garapan dari Jenny Jusuf, pemenang
penulis skrip Piala Citra Felosofi Kopi, dan sutradara Angga Dwimas Sasongko pemenang
pengarah terbaik di dua festival Indonesia, Piala Citra dan Piala Maya menerusi filem ‘Cahaya Dari
Timur': Beta Maluku’.
“Dalam budaya cerita, Malaysia dan Indonesia mempunyai banyak kesamaan. Atas sebab ini,
Visinema sangat bersemangat menayangkan NKCTHI di Malaysia melalui platform Astro First.
Kisah hubungan ibu bapa dan anak yang tidak sempurna tetapi berusaha mencari ruang bahagia
dengan apa yang ada, adalah kisah universal. Mudah-mudahan dengan NKCTHI dinikmati di
Malaysia, kita bukan sahaja mengukuhkan jambatan sekutu dengan berkongsi cerita, tetapi juga
bertukar inspirasi dalam situasi krisis seperti hari ini.” Kata Angga Dwimas Sasongko.
Jangan lupa untuk sewa NKCTHI, buat pertama kalinya ditayangkan terus ke pawagam Astro First
rumah anda di saluran 480 bermula 23 April 2020. Dengan hanya RM15, penonton boleh
menonton NKCTHI selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Untuk mendapatkan info terkini
mengenai filem NKCTHI, peminat filem bolehlah melayari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.
Official Trailer
0 Ulasan