Terbaharu, Astro Originals bakal menampilkan sebuah drama siri premium yang mengisahkan misteri pelajar sekolah yang diganggu dengan misteri kematian pelajar 10 tahun lalu, iaitu, ‘Histeria The Series’. Drama siri premium ini merupakan kesinambungan daripada filem seram pecah panggung tahun 2008, ‘Histeria’ lakonan Liyana Jasymay, Scha Al-Yahya, Yana Samsudin, Ady Putra dan diarahkan oleh pemenang Best Asean Feature Award di Bangkok International Film, James Lee. Menarik, Histeria The Series mengembalikan pengarah asal filemnya untuk mengarahkan siri premium ini.
Pengarah James Lee amat terkenal dengan sentuhan karya-karya bergenre seram seperti filem ‘Tolong Awek Aku Pontianak’, ‘Sini Ada Hantu’, ‘Claypot Curry Killers’, ‘Two Sisters’. Bagi kesemua 8 episod Histeria The Series memperlihatkan James Lee mempertaruhkan kreativitinya dengan gaya pengarahan beridentiti serta suntingan segar yang mampu menghasilkan kesan dramatik yang lebih berkualiti dan realistik dalam mengetengahkan elemen seram yang lebih ‘gore’ dan berani. Kelainan drama premium kali ini adalah ia mengangkat isu yang semamangnya berlaku dalam kalangan masyarakat kita dari dahulu sehingga sekarang ini iaitu masalah sosial seperti buli dan gangguan seksual di sekolah.
Histeria The Series bakal temui penonton bermula 6 Jun ini setiap hari Isnin, jam 9.00 malam, di Astro Citra, saluran 108 atau strim di platform Astro GO atau On Demand. Terbitan Astro Shaw dan produksi oleh Infinitus Gold ini juga menyaksikan jenama Astro Originals meletakkan kepercayaan kepada pelakon-pelakon muda berbakat besar sebagai teraju utama seperti Mia Sara Datuk Afdlin Shauki, Sharifah Aryana Syed Zainal Rashid Al- Yahya, Amelia Christie dan Serra Kamal. Tambah menarik, ia juga mengembalikan pelakon dan watak asal daripada filemnya iaitu Liyana Jasmay sebagai Murni dan turut membariskan pelakon hebat tanah air, Namron, Tony Eusoff, Ziana Zain, Ziha Salleh, Fimie Don, Mathni Razak dan Dr. Rosdeen Suboh.
Terdahulu Astro Originals telah menampilkan deretan drama siri premium daripada pelbagai genre, nilai hiburan berbeza serta olahan jalan cerita segar seperti diinspirasikan dari pendedahan isu-isu yang sememangnya berlaku dalam kalangan penonton seperti ‘Kampong Pisang Bersiri-Siri’ (francais filem komedi nombor 1 negara), ‘Projek: Anchor SPM’ (memperkenalkan genre coming of age), ‘I-Tanggang’ (mengetengahkan isu realiti penderitaan mental Munchausen Syndrome by Proxy), ‘Dukun Diva’ (angkat kisah female con artist dan anti- heroes), serta ‘Kuasa’ (kisah fiksyen sebuah keluarga berpengaruh dalam dunia hiburan).
Mewakili Astro, Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad menyatakan Astro terus fokus dalam memperkukuhkan jenama Astro Originals dengan mempersembahkan konten terbaik berkualiti filem yang boleh dinikmati oleh masyarakat Malaysia meliputi semua latar dan sekali gus mengangkat mutu drama siri tempatan setanding drama siri luar negara. “Kelainan dan daya tarikan drama siri premium di bawah jenama Astro Originals adalah kualiti produksi serta jalan ceritanya yang boleh dinikmati oleh masyarakat Malaysia. Kali ini menerusi Histeria The Series menyaksikan Astro Originals tampil pertama kali dengan mengangkat genre misteri seram dengan isu-isu yang hangat diperkatakan dalam masyarakat sekarang ini iaitu masalah sosial seperti buli serta di padatkan dengan adegan-adegan yang lebih berani. Filem Histeria merupakan salah satu IP (Intellectual Property) di bawah Astro Shaw, dan kami merasakan jalan ceritanya masih relevan sehingga kini. Jadi kami kembalikan filem tersebut menerusi drama siri premium. Meskipun ia adalah kesinambungan daripada filem terdahulu, namun jalan cerita bagi siri ini mempersembahkan naratif baru dengan konflik yang dekat dengan masyarakat dan mudah untuk difahami.
“Sementara itu, melalui karya ini juga memperlihatkan Astro Shaw bekerjasama buat pertama kali dengan Infinitus Gold untuk menghasilkan drama siri premium. Kerjasama baik melalui projek terdahulu seperti filem Hantu Kak Limah dan Sangkar telah membuka ruang untuk kedua-dua pihak meluaskan kreativiti di platform televisyen pula. Kami berhasrat agar Histeria The Series bukan sahaja memberikan nilai hiburan kepada penonton, malah ia dapat membuka mata lebih ramai pihak mengenai isu-isu dalam kalangan pelajar, ibu bapa dan guru yang mampu menjadi pengajaran.”
Menurut Penerbit Eksekutif Infinitus Gold Sdn Bhd, Gayatri Su-Lin Pillai berkata, “Kami amat berbesar hati berpeluang untuk sekali lagi bekerjasama dengan penerbit Astro Shaw dan kali ini menghasilkan drama siri premium. Saya secara peribadi pernah terlibat dalam penghasilan filem Histeria tahun 2008, jadi karya tersebut amat di hati saya. Bagi Histeria The Series, kami tampilkan suntingan yang lebih teliti dan ‘grand’. Kami harap kehadiran karya ini dapat menyumbang nilai hiburan yang baik serta memartabatkan lagi kualiti drama siri Malaysia.”
Histeria The Series mengisahkan tentang pelajar remaja di sebuah sekolah berasrama mulai dihantui oleh perkara misteri dan membawa mereka untuk menjejak kes pembunuhan yang berlaku 10 tahun lalu di sekolah mereka. Satu per satu insiden dan perkara ngeri berlaku.
Episod pertama Histeria The Series akan ditayangkan secara serentak di saluran Astro Citra dan Astro Ria pada jam 9.00mlm, 6 Jun ini. Manakala untuk minggu-minggu seterusnya, saksikan siri drama premium ini setiap hari Isnin, jam 9.00 malam, di Astro Citra atau pilihan alternatif strim di Astro GO atau On Demand.
Saksikan Histeria The Series yang akan ditayangkan di saluran Astro Citra pada jam 9.00 malam, bermula 6 Jun ini. Untuk pilihan alternatif, anda juga boleh strim di platform Astro GO atau On Demand. Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Gempak dan Astro Shaw.
untuk menonton trailer Histeria The Series, sila klik poster di bawah
0 Ulasan