KENAPA JERANGKUNG DALAM ALMARI WAJIB TONTON?
Mereka yang banyak menonton filem-filem hebat, akan faham kenapa naskhah filem ini wajib tonton. Ia bukan calang-calang filem. Ia sebuah karya seram yang berbeza dengan naskhah sedia ada. Dengan storytelling dan sinematografi yang memukau, malahan rekaan bunyi begitu mengujakan serta penggunaan warna bagi saya begitu baik dalam lanskap sebuah sinema. ‘Jerangkung Dalam Almari’ wajib tonton bagi penggemar karya seram tempatan.
Diarahkan Shadan Hashim yang sebelum ini terkenal dengan filem-filem bersifat indie seperti Cinta 200 Ela (2002), Haru Biru (2007), dan Volkswagen Kuning (2016), 'Jerangkung Dalam Almari', merupakan naskhah keempat arahan pengarah profilik itu. Diterbitkan penerbit sensasi penuh kontroversi, Raja Azmi , 'Jerangkung' dilihat berpotensi tinggi untuk meraih kutipan RM 1 juta ke atas memandangkan karya filem Shadan ini juga menampilkan Dato' Ady Putra yang terkenal dengan watak Mat Kilau menerusi filem 'Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan'.
Ketika ditemui semasa sesi Tayangan Media dan Malam Gala Jerangkung Dalam Almari di GSC Tropicana Garden Mall, baru-baru ini, penerbit filem tersebut, Raja Azmi Raja Sulaiman begitu optimis mengatakan Jerangkung Dalam Almari mampu meraih kutipah pecah panggung sebanyak RM 7 juta.
'Sekiranya berjaya mencapai angka itu, rasanya boleh untuk tumbangkan seekor Kerbau', tegas Penerbit ... Dalam Botol itu. Manakala pengarah filem tersebut, Shadan pula tidak meletakkan sasaran namun berharap peminat dan pencinta filem tanah air sudi meluangkan masa untuk menonton filem terbaharu sentuhannya itu.
Menariknya, lagu tema bagi filem ini dinyanyikan oleh kumpulan Wings bertajuk 'Jerangkung Dalam Almari', yang dipetik dari album keempat kumpulan rockers tersebut yang pernah menjadi fenomena pada tahun 1991.
Di Pawagam bermula hari ini..
Jerangkung Dalam Almari, wajib tonton!.
0 Ulasan