INDUSTRI FILEM TEMPATAN TIDAK PERLU IKUT TREND ATAU BUDAYA ANTARABANGSA



Industri perfileman tempatan tidak perlu mengikut trend drama antarabangsa yang tiada batas agama semata-mata untuk menjadikan filem keluaran mereka popular. Pengarah Ameerah Perlis Puteri Fatin Nasyuhada Megat Mohamad Halim berkata, kenapa perlu menjadikan babak panas dalam rumah tangga untuk menarik perhatian penonton sedangkan Malaysia sebuah negara yang majoriti penganutnya beragama Islam.

“Lebih mengecewakan lagi, drama berkenaan bakal ditayangkan pada Ramadan ketika umat Islam dituntut memperbanyakkan amal ibadat,” katanya di sini. Terdahulu seorang pelakon terkenal memuat naik adegan panas drama bersiri ‘Perempuan Itu’ di media sosialnya sehingga mendapat kecaman warga maya.

Puteri Fatin juga berkata, rakyat Malaysia yang beragama Islam begitu sensitif dengan isu tersebut, yang menggambarkan mereka serius mempertahankan kesucian agama. Menurutnya juga perkara seperti itu tidak boleh dijadikan normalisasi dalam dunia hiburan Malaysia.

“Perkara ini akan membuka ruang dan ikutan buruk kepada anak-anak di bawah umur yang masih naif tentang perkara tersebut. “Kami berharap pihak berkuasa perlu mengambil tindakan sewajarnya untuk memastikan perkara mungkar ditolak,” katanya.

Sementara itu video tersebut yang sebelum ini dipapar di akaun Instagram pelakon berkenaan didapati telah dipadam setelah mendapat kecaman pelbagai pihak. | HARAKAHDAILY |gambar hiasan|

Catat Ulasan

0 Ulasan