Walaupun bakal berdepan dengan kontroversi dan mungkin diharamkan dari mendapat hak tayangan di Malaysia, sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menjadi Perdana Menteri, pelakon dan pengarah berkaliber, Farid Kamil begitu optimis mengatakan 'Anwar The Untold Story', sebagai sebuah cerita benar dari sisi yang berbeza tentang Anwar Ibrahim. Naskhah filem arahan Viva Westi itu merupakan filem Indonesia, juga menampilkan Hasnul Rahmat, Acha Septriasa, Piet Pagau, Dewi Irawan dan ramai lagi.
Anwar The Untold Story merakamkan sisi cerita Anwar Ibrahim dari sudut perjuangan sebagai seorang bapa, suami, dan individu dalam negara yang berdepan dengan budaya rasuah segelintir pemimpin politik. Akibat menolak sebarang habuan dari seseorang, Anwar terjerumus dalam suatu masalah sehingga dia dipenjarakan. Menjalani penggambaran sepenuhnya di Indonesia, Anwar The Untold Story ini juga mengambil Malaysia sebagai lokasi selebihnya untuk latar masa.
Menurut Zukiflee Anwar Haque, Penerbit Eksekutif filem ini berkata, naskhah Anwar ini digarap berdasarkan sebuah kisah benar yang berlaku dalam sebahagian hidup Anwar ketika mula menjawat jawatan Menteri Kewangan dari 1991 hingga beliau dipecat pada 1998.
“Cerita dalam filem ini versinya daripada Anwar sendiri, ada juga versi yang jarang didengari oleh rakyat Malaysia dan daripada domain awam tetapi yang terpendam, contohya cerita laporan siasatan lengkap beliau ketika dalam lokap.
“Sama ada ini diterima sebagai kebenaran, terpulang kepada penonton tetapi kami telah berusaha semaksimum mungkin mengambil cerita-cerita yang tercatat dalam perundangan dan hasil temu bual dengan orang yang terlibat,” katanya pada sidang media filem itu di Kuala Lumpur pada petang Rabu.
Menelan belanja sekitar RM10 juta ringgit, naskhah 11 arahan Viva Westi selepas Toko Barang Mantan, Koki Koki Cilik 2, Jenderal Soedirman, Aku Ingin Menciummu Sekali Saja dan banyak lagi itu merupakan filem Biopik tentang tokoh terpenting negara Malaysia yang masih hidup. Menurut Zunar, atau Zukiflee Anwar Haque, "Idea untuk menghasilkan Anwar The Untold Story ini terjadi bukan selepas Anwar Ibrahim dilantik menjadi Perdana Menteri ke-10, bahkan tetapi ia sudah berjalan sejak 20 tahun lepas ketika awal gerakan reformasi.
“Sebenarnya, saya sendiri mencatatkan cerita perjuangan Anwar sejak reformasi lagi dan saya memang ada hasrat untuk ia dijadikan filem tetapi tidak pernah kesampaian sehinggalah saya berhubung dengan Viva pada sekitar Ogos 2021.
“Selepas berkenalan lebih seminggu, barulah ada perbincangan serius untuk membuat filem seterusnya membangunkan skrip,” katanya.
Apabila disoal media kenapa tidak mengambil sahaja pengarah filem dari Malaysia, Zunar berpendirian bahawa 'jika ada pengarah filem Malaysia terlibat dalam naskhah ini ia mungkin suatu yang sukar memandangkan pada ketika itu sistem politik tidak stabil dan apa-apa kemungkinan boleh berlaku dan saya tidak mahu menerima risiko itu", tegas Zunar berharap filem terbitannya juga dapat ditayangkan di Indonesia dan Singapura.
Manakala menurut Farid Kamil, "pertemuan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dua ke tiga kali sebelum parlimen dibubarkan bertujuan untuk mendapatkan cerita sebenar tentang apa yang telah berlaku dan terjadi semasa Anwar dalam kerajaan sehingga menjadi individu yang dikehendaki. Dan apabila diumumkan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri ke -10, saya berasa bersyukur dan teruja kerana apa yang saya doakan dimakbulkan tuhan', Ujar Farid berharap peminat filem di Malaysia dapat menerima naskhah arahan Viva Westi ini.
Menurut rekod, Anwar The Untold Story yang diterbitkan Bianglala Entertainment dan Rakyat Media sebagai pengedar di Malaysia ini akan menemui penonton tempatan akan datang Mei 2023.
Catat Ulasan
0
Ulasan
Perspektif Berita dan Hiburan Semasa
Wajib Tonton was originally known as amyikram.com since April 2023 in bringing the latest entertainment news, music and movie updates
WAJIB TONTON
Semua artikel yang diterbitkan dalam laman ini adalah hak cipta terpelihara milik Wajib Tonton. Sebarang salinan semula bagi apa-apa tujuan sekalipun tidak dibenarkan, kecuali dengan kebenaran. Anda boleh menghubungi amyikram@wajibtonton.com atau wajibtonton.my@gmail.com untuk sebarang pertanyaan.
TIKTOK WAJIB TONTON
Ikuti TikTok Rasmi WajibTonton untuk menonton video-video terkini
SINEMA ASIA: DIS 2024
Antara seleksi karya drama dan filem terpilih yang ditayangkan bermula pada 25 & 26 Disember 2024. Karya terbaru akan dikemaskini setiap minggu. Selamat menonton.
25 DISEMBER 2024 - SOROP (Indonesian)
Pengarah: Upi Avianto Pelakon: Hana Malasan, Yasamin Jasem, Egy Fedly
WAJIB TONTON merupakan blog rasmi Amy Ikram yang dahulunya dikenali sebagai amyikram.com. Sebarang pengiklanan, promosi dan pertanyaan, makluman atau jemputan, sila emelkan kepada admin blog ini -
amyikram@wajibtonton.com / wajibtonton.my@gmail.com
Wajib Tonton juga berkolaborasi bersama Oh My Shorties! (OMS!) untuk menyajikan berita hiburan dari pelbagai perspektif dari dalam dan luar negara.
0 Ulasan