Memulakan kerjaya seawal tahun 80-an di Hong Kong menerusi The Owl vs Bombo (1984), kemudian mencipta fenomena menerusi filem Police Story 3 : Super Cop (1992), Memoirs Of A Geisha (2005), dan banyak lagi, Bintang Filem Hollywood kelahiran Malaysia, Michelle Yeoh antara figura tersohor dunia yang mencipta fenomena luar biasa apabila menjadi antara wanita asia pertama yang merangkul trofi Anugerah Akademi Oscar ke-95 menerusi filem Everything Everywhere All At Once.
Filem yang mengisahkan tentang seorang wanita Cina Amerika bernama Evelyn Wang yang mengalami pelbagai konflik dalam kehidupan, termasuklah masalah cukai ini telah memerangkap beliau dalam dunia multiverse. Diarahkan Daniel Kwan dan Daniel Scheinert, Everything Everywhere All At Once ini telah menobatkan Michelle Yeoh sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Akademi Oscar ke-95, yang telah berlangsung di Dolby Teater, Los Angeles, hari ini.
Filem yang juga menampilkan Ke Huy Guan, Jamie Lee Curtis, dan ramai lagi itu juga turut memenangi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik. Filem terbitan IAC Films, Gozie AGBO, Year Of The Rat & Ley Line Entertainment ini juga memenangi Pengarah Terbaik (Daniel Kwan & Daniel Scheinert), Penyunting Terbaik (Paul Rogers), Skrip Asal Terbaik Terbaik dan Filem Terbaik,
Ketika ditemui media di sebuah acara tertutup bagi sambutan Oscar ke-95 di Dadi Cinema Pavillion, Kuala Lumpur, Janet Yeoh yang merupakan ibu kepada Michelle teruja dan gembira dengan kemenangan Michelle Yeoh di Anugerah Akademi tersebut. Manakala Tunku Mona Riza, pengarah filem Redha dalam ciapan di laman sosialnya pula teruja dengan kemenangan pelakon kelahiran Ipoh, Perak itu. 'Kemenangan Michelle harus menjadi inspirasi buat semua', ujar Tunku Mona Riza berharap suatu hari nanti akan ada karya tempatan mampu bersaing di Oscar yang menjadi idaman kebanyakkan pembikin filem di seluruh dunia.
Selain Everything Everywhere All At Once, Filem The Whale, Guillermo Del Toro's Pinocchio, All Quiet On The Western Front, Black Panther: Wakanda Forever, Navalny, The Elephant Whisperers, Naatu Naatu, The Boy The Mole The Fox And The Horse, An Irish Goodbye, Top Gun: Maverick, Avatar: The Way Of Water, dan Women Talking juga berjaya memenangi anugerah di Oscar ke-95.
Terdahulu, menerusi watak dijayakan Yeoh dalam filem ditayangkan Mac tahun lalu itu turut membawa tuah kepadanya apabila memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik Muzikal/Komedi, Anugerah Golden Globe dan Pelakon Wanita Terbaik, Screen Actors Guild Awards (SAG).
KEPUTUSAN PENUH ANUGERAH AKADEMI / OSCAR 95
Everything Everywhere All At Once
0 Ulasan