Mencipta memori yang indah bersama orang yang tersayang, peminat seni dan filem khususnya di Malaysia , berpeluang untuk menyaksikan muzium pop-up bertaraf dunia yang dinanti-nantikan ‘The World of Tim Burton.’ Dianjurkan oleh Toybox Projects Sdn. Bhd, iaitu merupakan sebuah syarikat hiburan dan media bertaraf multinasional, pameran yang julung kali diadakan ini merupakan inisiatif untuk memberikan kesedaran tentang sektor pelancongan negara melalui hiburan demi menarik pelancong dari dalam dan luar negara pada tahun ini.
‘The World of Tim Burton.’ telah dianjurkan dengan jayanya di pelbagai negara terkemuka sejak 2009 seperti China, Korea Selatan, Jepun, Hong Kong, Jerman, Mexico, Belgium, Prague dan banyak lagi. Pada tahun ini, Malaysia dengan rasminya menjadi salah sebuah negara yang menjayakan acara bertaraf dunia ini menerusi pameran Tim Burton berskala besar. Menerusinya, Toybox Projects antara produksi tempatan telah mendedikasikan usaha yang menyeluruh di dalam pelaburan, perbincangan, dan perancangan mengenai pelaksanaan acara bertaraf dunia dengan harapan untuk membawa rakyat Malaysia menikmati hiburan dalam pelbagai bentuk menerusi pameran seni bertaraf antarabangsa yang tentunya mempunyai permintaan yang tinggi.
YB Khairul Firdaus Akbar Khan, Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) berkata, “Kami berbangga untuk menjadi satu-satunya negara di Asia Tenggara yang menjadi tuan rumah bagi pameran ini. Ini menjadi bukti tentang kebolehan dan keupayaan sektor industri Kreatif Malaysia dan saya positif bahawa ianya bakal memberi inspirasi kepada pembuat filem, artis, dan penggiat seni kreatif untuk mempamerkan kemampuan mereka. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Toybox Projects di atas usaha membawa pameran bertaraf dunia ini dan menyediakan platform untuk memperkenalkan dan mempromosikan Malaysia Truly Asia dan apa yang kita mampu tawarkan.”
Menariknya, para pengunjung berpeluang mendalami arkib peribadi Tim Burton yang melakarkan hasil kreatif beliau dari zaman kanak-kanak hinggalah ke hari ni dengan lebih 500 lakaran, lukisan berwarna, foto, buku lakaran, imej bergerak dan arca yang memberi tumpuan kepada tema visual yang berulang dengan kesesuaian watak menerusi filem dan seni ciptaannya.
Muzium pop-up ini bakal mempamerkan 10 bahagian bertema yang mengandungi lakaran, lukisan, foto, video, dan seni media serta teaser karya terkini melalui replika studio peribadi beliau.
Bahagian 1: Pengaruh
Kebolehan Tim Burton sebagai pengkarya seni dipamerkan di bahagian ini. Karya awal beliau mempunyai pengaruh besar dari aspek kesenian turut dipaparkan. Menariknya, Lukisan dari zaman kanak-kanak beliau dan fasa kerjaya awal Tim sebagai anak seni mendapat pengaruh dari pelukis kartun klasik seperti Edward Gorey, Charles Addams, Don Martin dan Theodore Geisel (Dr. Suess). Menerusinya juga, beberapa nota kelas dari lakaran zaman pengajian beliau di California Institute of the Arts (CalArts) sedikit sebanyak memberi gambaran tentang pengajian formal beliau di dalam bidang seni. Beberapa karya hebat yang memberi inspirasi kepada Tim sehingga menjadikan beliau antara tokoh perfileman hebat dapat disakksikan menerusi segmen ini. kaiju Jepun (raksasa), filem, pawagam ekspresionis, katalog filem seram Universal Studio, tokoh animasi stop-motion Ray Harryhausen, dan tokoh suspen Vincent Price juga turut dipamerkan di dalam hasil kerja bahagian ini.
BAHAGIAN 2: Musim Perayaan
Menerusi bahagian ini, peminat karya seni Tim dapat menyaksikan kepelbagaian tema filem yang diambil dari tempat Tim Burton membesar. Burbank, California antara dua negara merupakan sebuah kejiranan yang hanya meriah semasa musim perayaan. Jika dilihat dari karya yang dihasilkan, kebanyakkannya ia mencerminkan kreativiti dari masyarakat yang suram. Faktor inilah banyak mempengaruhi karya-karya beliau - sama ada dalam bentuk penghargaan yang ikhlas atau sebagai sebuah satira. Ini termasuk buku puisi bergambar -, “The Melancholy Death of Oyster Boy and Other Stories” (1997) dan animasi stop-motion muzikal “The Night Before Christmas” (1993) yang menghubungkan perayaan Halloween dan Krismas secara seram dan ceria.
BAHAGIAN 3 : CARNIVALESQUE
Tema yang dipanggil “carnivalesque” merupakan gabungan antara komedi dan ngeri. Ini dapat dilihat dari filem-filem Tim Burton seperti Beetlejuice (1988), Batman (1989), Alice in Wonderland (2010) dan Dark Shadows (2012) beserta lukisan-lukisan peribadi beliau. Keharmonian gabungan antara elemen seram dan komedi dapat disaksikan menerusi paparan seperti lidah yang terbelit, mata yang terkeluar dan badut-badut beracun yang disulami dengan aspek lelucon bagi mencerminkan tema dengan kepadatan yang agak jelas.
BAHAGIAN 4 : KARYA-KARYA FIGURATIF
Karya peribadi dari koleksi Tim Burton turut dipamerkan di ruang karya-karya figuratif di mana 'lukisan, warna dan arca' memainkan peranan penting bagi menterjemahkan hasil karya Tim bukan sahaja sebagai pengkarya professional malahan turut juga dianggap sebagai bahan seni peribadi tersendiri. Blue Girl with Wine dan The Green Man antara dua buah karya profilik Tim Burton turut menghiasi sudut ini, di mana peminat seni dapat melihat bagaimana Tim menterjemahkan maksud karya dari perspektif yang aneh dan paparan susuk tubuh manusia yang mencakupi nilai estetika sebagai karya seni yang menjadi bahan kajian beliau sebagai pengkarya bebas yang dianggap 'pelik' dan berbeza dengan hasil karya pengkarya seni lain.
BAHAGIAN 5 : ORANG TERBUANG YANG DI SALAH ERTI
Kebanyakkan hasil karya Tim Burton boleh dianggap pelik. Tema seperti 'arketipikal mahupun autobiografi' memberikan maksud 'orang terbuang yang di salah erti'. Ini merujuk kepada watak-watak bersimpati yang boleh ditemui dalam projek filem pendek animasi stop-motion Vincent (1982) hingga filem blockbuster Hollywood Alice in Wonderland (2010). Selain itu, konsep Balloon Boy dari sebuah lukisan turut dipasang di ruang muzium ini. Ia mengambil pendekatan asal yang mempunyai keluasan 22 kaki yang ditempah khas oleh Muzium Seni Moden untuk lobi pintu masuknya semasa pembentangan sulung pameran Tim Burton. Ciptaan asli ini berwajah sayu dan merangkumi ciri-ciri orang terbuang yang disayangi artis.
BAHAGIAN 6 : WATAK FILEM
Bagi pengunjung yang mengenali Tim Burton menerusi karya dari filem pertamanya, Pee-wee’s Big Adventure (1985) hingga ke filem terbarunya, Dumbo (2019) turut dipamerkan di bahagian ini. Pengunjung yang juga peminat karya-karya Tim Burton mungkin beruntung kerana dapat menyaksikan pelbagai hasil karya beliau mencakupi lukisan, video, nota skrip, papan cerita, boneka, dan maket persembahan. Ini memberikan definisi bahawa karya seni Tim bersifat universal yang boleh diterjemahkan dari idea terus ke skrin pawagam.
BAHAGIAN 7 : POLAROID
Bagi mereka yang meminati seni foto, berpeluang menyaksikan cetakan gambar polaroid yang dirakamkan menggunakan kamera instan berformat besar 20 x 24 yang jarang digunakan. Hasil karya antara tahun 1992 hingga 1999 dapat dilihat menerusi bahagian ini. Keindahan seni foto dari Tim Burton ini melambangkan beliau sebagai pemikir seni dan karyawan hebat yang mampu menterjemahkan pelbagai cerita ke bentuk filem.
BAHAGIAN 8 : MENGELILINGI DUNIA
Dikenali sebagai pengkarya hebat yang merantau ke pelbagai pelusuk dunia, dapat disaksikan menerusi segmen ini. 'Lakaran di dalam buku lukisan, kertas nota hotel, dan kertas tisu hotel', menjadi antara intipati menarik bagi menggambarkan tindak balas dari imaginasi beliau yang tidak tenteram. Gaya hidup sebagai pembikin filem dapat disaksikan melalui imejan yang dirakamkan meliputi lokasi penggambaran, festival filem, ldan lawatan publisiti. Ini sekaligus memberikan inspirasi kepada pengunjung bahawa Tim Burton antara pengkarya seni yang tidak sama, sedikit berbeza tetapi memberikan impak hebat dalam dunia perfileman antarabangsa.
BAHAGIAN 9 : PROJEK YANG TIDAK DIREALISASIKAN
Walaupun dikenali menerusi pelbagai jenis karya, beberapa hasil seni yang mungkin tidak popular dari hasil karya filem, televisyen, dan buku juga turut dipamerkan di bahagian ini. Pengunjung berpeluang menyaksikan secara dekat bagaimana seni karya Tim Burton berhubungan dengan kehidupan artistik pemiliknya. Lakaran di dalam bahagian ini memberikan imbasan ke dalam projek yang tidak diketahui ramai sebelum ini yang mengesahkan kesinambungan tema dan motif juga menjadi inspirasi untuk reka bentuk pameran-pameran karya seni Tim Burton yang agak luar biasa.
BAHAGIAN 10 : STUDIO ARTIS
Tim Burton adalah seorang artis bersendirian, sentiasa melukis, mewarna, dan merancang di studio kerjanya. Buat pertama kalinya, sebahagian daripada studio Tim Burton direplikasi sebagai cara untuk pengunjung merasai bagaimana keghairahan dan semangat artistik beliau. Lakaran dan lukisan pada papan gabus menampilkan karya yang berkaitan dengan projek semasa, termasuk hasil karya ciptaan beliau untuk arca pintu masuk pameran di Seoul dan projek siri TV baharunya, Wednesday.
Cik Yuri Aizawa, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Toybox Projects Sdn. Bhd serta Penganjur dan Penyampai bagi The World of Tim Burton berkata, "The World Of Tim Burton', antara projek mega yang kini berlangsung di Pavillion Bukit Jalil. Ia mengambil pendekatan bagi membawa sinema dunia ke pasaran tempatan menerusi pameran ikonik dari karyawan filem dunia tersohor, Tim Burton. Menerusinya, kami sebagai pelopor di sini bagi berkongsi pengalaman memandangkan sebelum ini kami pernah terlibat dalam dunia hiburan di Jepun. Menerusi pameran ini, kami berharap peminat filem seni di Malaysia dapat merasai apa yang kami hidangkan".
Tambahan pula, peminat Tim Burton berpeluang untuk mempelajari dengan lebih mendalam tentang seni perfileman melalui masterclass maya bertajuk “Tim Burton’s Masterclass” yang di hos oleh Tim Burton sendiri pada 14 April 2023 dimana beliau akan menceritakan tentang seni perfileman, proses kreatif, dan perjalanan ke arah kejayaan di dalam industri hiburan dan filem.
Pengalaman istimewa untuk mendalami hasil karya tokoh perfileman tersohor ini bermula 21 Mac 2023 hingga 30 Julai 2023 dan tiket boleh didapati di https://kol-nation.com/the-world-of-tim-burton-malaysia/ berharga RM 88 untuk orang dewasa, RM 68 untuk kanak-kanak dan warga emas, dan RM48 untuk OKU. Para pengunjung juga boleh mendapatkan pas bermusim (kemasukan berulang kali) berharga RM 498 atau pakej VIP yang merangkumi pas bermusim, masterclass, buku The Art of Tim Burton dan barangan eksklusif yang ditandatangani pada harga RM 1,500.
The World of Tim Burton dianjurkan dan dipersembahkan oleh Toybox Projects Sdn. Bhd. dengan kolaborasi bersama Tim Burton Productions dengan kerjasama Eurasian Entertainment Consultants LTD (EEC) dan KOL Nation bersama Onecare Wellness™ sebagai penaja utama bersama Pavillion Bukit Jalil sebagai lokasi utama penganjuran.
0 Ulasan