Dengan elemen serba moden disulami dengan idea tradisional, Pertandingan Ratu Cantik Semenanjung ini (MIMS 2023) akan menampilkan siri video YouTube eksklusif yang memaparkan kehidupan seharian para peserta melakukan aktiviti pertandingan seperti latihan fizikal, latihan catwalk, kelas pengucapan awam dan sebagainya. Beberapa siri video lain juga akan diterbitkan. Ini bertujuan bagi memaparkan sifat patriotisme, semangat dan kekuatan para peserta demi menjadi antara peserta Top 5 untuk ke peringkat kebangsaan, Miss International Malaysia 2023, ini khabarnya memilih 29 Julai 2023 sebagai detik penuh bersejarah bagi menganjurkan MiMS 2023 kepada umum.
Sementara itu, Pengarah Negeri Miss International Malaysia, Cik Kimberly Lee pula menambah, “Objektif utama kami adalah untuk membina kesedaran dan nilai pelancongan di Malaysia. Kita memiliki keajaiban alam semulajadi untuk dijelajahi. Justeru itu, masyarakat dari pelbagai kaum sentiasa bersedia untuk menerima kunjungan pelancong dari seluruh dunia. Kami mensasarkan untuk memperkenalkan destinasi pelancongan yang terkenal kepada para peserta dan memaparkannya secara global untuk memikat para pelancong mengunjungi Malaysia dan mengalami apa yang Malaysia tawarkan.”, ujar beliau optimis menantikan hari penuh bermakna Julai ini.
Menariknya, para peserta ratu cantik yang terpilih ke pertandingan ini akan ditawarkan untuk menjalankan pelbagai akitiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR). Ini adalah sebagai salah satu inisiatif untuk membangunkan ekonomi sektor pelancongan negara. Namun beberapa pertandingan mini turut akan dijalankan demi mencari juara subsidiari sampingan yang akan diumumkan dalam majlis pertandingan kelak.
Keterujaan bagi menganjurkan pertandingan ini dapat disaksikan juga melalui usahasama penganjur dalam mengasah bakat melalui kewujudan sebuah platform khas khususnya kepada peserta ratu cantik yang terpilih. Mereka akan diajar bagaimana untuk membina personaliti melalui bakat dan kemahiran terpendam, malahan sekaligus membuktikan bakal ratu cantik yang terpilih bukanlah berdasarkan rupa paras semata-mata.
Wanita, penduduk Semenanjung Malaysia, bukan Islam
Berumur 18 hingga 28 tahun pada tahun 2023
Tinggi minimum 165cm
Bujang, belum pernah berkahwin, bercerai atau mempunyai anak
Fasih berbahasa Malaysia atau Inggeris
0 Ulasan