“Allahyarham meninggal dunia sekitar pukul 2.30 pagi tadi di rumah anaknya, di Kundang, Rawang. Jenazah akan dimandi dan dikafankan di Masjid Nurul Yakin, Kampung Permata Kundang sebelum disolatkan selepas solat Zohor hari ini,” menurut hantarannya di Facebook hari ini.
Bagaimanapun punca kematian penyampai berita televisyen veteran itu tidak dinyatakan. Allahyarham pernah bertugas sebagai penyampai berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) sekitar awal 70-an malah dengan keunikan suaranya, beliau terkenal sebagai ‘suara emas’ kerana meminjamkan suara sebagai suara latar dalam pelbagai iklan radio dan televisyen.
Antara iklan yang hingga kini masih segar dalam ingatan peminatnya adalah iklan produk tembakau Dunhill, selain suaranya digunakan dalam mempromosikan rancangan televisyen. Ramly juga pernah berlakon bersama Allahyarham Tan Sri P. Ramlee menerusi filem berjudul Gagak Hitam sebagai watak pembaca berita, selain membintangi filem Menanti Hari Esok arahan dan lakonan Allahyarham Tan Sri Jins Shamsudin pada 1977.
admin by wajib tonton
sumber berita: Bernama
0 Ulasan