ROHANA JALIL KINI KRITIKAL

Penyanyi popular era 1980-an, Rohana Jalil dilaporkan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia sejak semalam.

Berita itu dikongsikan rakan baiknya, Salwa Abdul Rahman melalui Instagram.

“Saya memohon semua teman-teman di sini agar mendoakan kesejahteraan dan kesihatan buat penyanyi @rohanajalil yang sekarang ini sedang kritikal di ICU.

“Mohon semua doakan kak Ana agar sembuh kembali seperti sedia kala. Terima kasih kepada yang mendoakan,” katanya.

Bagaimanapun, media melaporkan, setakat ini, tidak diketahui punca penyakit Rohana memandangkan penyanyi lagu Jauh Terkenang itu tidak pernah alami penyakit serius sebelum ini.

Pemilik nama sebenar Dara Abdul Jalil itu memulakan karier sebagai penyanyi sejak usia 17 tahun pada 1979.

Penyanyi kelahiran Kota Tinggi, Johor itu merupakan pemenang bagi pertandingan Bintang RTM yang telah diadakan di Auditorium Besar, Angkasapuri pada 13 Januari 1981.

admin by wajib tonton
sumber berita: Malaysiakini

Catat Ulasan

0 Ulasan