SAHARA ADAPTASI TIARA VERSI HINDI

Lagu Tiara ciptaan M.Nasir yang popular pada tahun 90-an oleh kumpulan KRIS telah mendapat perhatian sekali lagi apabila dirakamkan semula oleh penyanyi Indonesia, Raffa Affar dan kemudian P.Radhi dalam versi P.Ramlee pada tahun 2022. Memandangkan sambutan yang sangat hangat kepada lagu Tiara, Luncai Emas menerima idea dan cadangan daripada Wan Dillhanaridz , penggubah lagu Tiara ala P.Ramlee untuk menerbitkan lagu Tiara dalam versi Hindi pula. Menurut Wan "Saya mencadangkan Tiara dirakam dalam versi Hindi kerana saya amat yakin lagu Tiara sangat sesuai diadaptasikan ke irama Hindi kerana melodinya sangat indah. Saya menggubah lagu Tiara mengikut muzik era 90-an lagu-lagu hit Hindi. Susunan muzik ini mengambil masa dalam 4 hari untuk mendapatkan intro dan interlude lagu bagi mendapatkan mood Hindi. Setelah dipersembahkan rakaman awal kepada rakan-rakan Hindi terdekat serta peminat tegar lagu-lagu Hindi, saya mendapat feedback yang sangat memberangsangkan. Mereka rasa apabila mendengar lagu ini ianya adalah muzik yang dirakam di India’’.  Sahara’, itulah judul diberikan untuk lagu Tiara dalam versi Hindi. Wan memilih lagu Sahara untuk dinyanyikan secara duet. "Sahara ini sesuai untuk didendangkan secara duet kerana ia mempunyai 3 interlude seperti lagu -lagu Bollywood lain’’, Kata Wan dalam satu kenyataan media. 

Nadia Fharshah dan Amirul Fadzuan antara dua orang penyanyi muda yang dipilih bagi menyanyikan lagu ini secara duet. Kedua-dua mereka ini begitu aktif di TikTok dalam menyanyikan lagu-lagu Hindi bagi kandungan kreatif mereka di sosial media. Kesannya, mereka banyak meraih sokongan untuk persembahan lagu – lagu Hindi mereka. 


"Nadia perlu sampaikan emosi Tiara itu sendiri ketika rakaman kerana Nadia seorang yang ceria dan suka ketawa. Apabila membawakan lagu bertajuk Sahara ini ada sedikit mencabar untuk Nadia. Nadia mengharapkan semua yang mendengar dapat merasai apa yang cuba kami sampaikan,", jelas Nadia optimis mengharapkan peminat muzik dapat menerima karya muzik ini.


Bagi Amirul pula, "lagu Sahara mempunyai aliran melodi yang tenang dan sedih dimana ia berubah mengikut irama yang dihasilkan. Menyanyikan Sahara bagaikan ia dekat dengan jiwa saya. Terima kasih kepada Luncai Emas kerana memberi peluang yang indah dan tidak lupa rakan duet saya Nadia, juga kepada Abang Wan".



Bagi Luncai Emas pula, "Apabila diusulkan cadangan untuk menerbitkan lagu Sahara kepada kami dan mendengar gubahan awal daripada Wan, kami amat kagum kerana Tiara diadaptasikan dan digubah seakan ianya adalah satu lagu original Hindi. Justeru, kami amat mengalukan cadangan itu kerana sememangnya Tiara  satu lagu viral pada tahun 2022 yang telah dirakam dalam pelbagai versi. Oleh itu, kenapa tidak dalam versi Hindi?".


Luncai Emas berharap lagu Sahara bukan sahaja dapat diterima di kalangan orang Melayu tetapi juga di kalangan pendengar-pendengar Hindi. Bahkan juga kami menyasarkan pendengar muzik dari luar negara turut menyukai versi ini. Untuk peminat lagu Hindi boleh dengarkan audio penuh lagu Sahara oleh Nadia Fharshah & Amirul Fadzuan di semua saluran digital seperti Spotify, Apple Music, Deezer,


admin by wajib tonton


Catat Ulasan

0 Ulasan