Sate Ayam Crispy Jogja disalut tepung campuran istimewa bersama gabungan rempah asli Indonesia dan Malaysia yang kemudian digoreng sehingga perang keemasan. Lebih sempurna jika dimakan bersama celupan kicap sambal yang diberikan dalam pilihan ‘ala-carte’. Rasa rempah istimewa unik ini tidak boleh didapati di mana-mana dan rasanya berbeza berbanding sate yang ada dalam pasaran.
Sate Ayam Crispy Jogja boleh dijadikan 'add-on' di dalam mana-mana pilihan nasi Set A, Set B, Set C atau Set D. Pelanggan juga boleh memilih secara 'ala-carte' 3 cucuk, 5 cucuk atau 10 cucuk. Sate ini sesuai bagi semua golongan sama ada kanak-kanak atau dewasa.
Bagi merasai sendiri kehangatan menu yang julung kali diperkenalkan ini, penulis dijemput khas ke Majlis Berbuka Puasa Ayam Gepuk Pak Gembus yang telah diadakan di salah sebuah cawangannya di Pandan Indah, Kuala Lumpur. Rakan media telah dijamu dengan Set A bersama dua cucuk Sate Ayam Crispy Jogja bersama air Keladi Semarang. Memang betul-betul sedap!.
Ketika ditemui media, Encik Mohd Effandy Bin Saadon, Ketua Pemasaran Ayam Gepuk Pak Gembus menyifatkan menu terbaharu yang diperkenalkan ini adalah hanya untuk pelanggan yang menikmati secara 'dine in' di restoran sahaja. Mereka yang sememangnya meminati siri nasi ayam gepuk yang ada di retoran ini, perlu hadir dan mencuba sendiri Sate Ayam Crispy Jogja bersama air Keladi Semarang yang tentunya akan meninggalkan pengalaman manis dan berharga.
Untuk sebarang makluman berkaitan Sate Ayam Crispy Jogja bersama Air Keladi Semarang, bolehlah klik di sini.
Amy Ikram by wajib tonton.
Gambar oleh : Uddin R.
0 Ulasan