Semua pengamal media diminta supaya sentiasa mengesahkan maklumat dan sumber sebelum menerbitkan sesuatu berita agar tidak menimbulkan sebarang isu.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dalam catatan di akaun Facebooknya hari ini mengulang siar hantaran Dato' Sri Siti Nurhaliza Taruddin yang menafikan satu berita palsu mengaitkan dirinya dengan sebuah majlis politik di Kedah.
"Berita palsu ini tersebar sejak semalam dan telah menjadi fitnah yang merebak jauh ke pelbagai komuniti, malah ada juga yang jadikannya bahan politik. Rakan-rakan media diingatkan agar sentiasa mengesahkan info dan sumber sebelum menerbitkan berita agar tidak timbul isu seperti ini. Tindakan undang-undang juga boleh diambil oleh agensi penguatkuasaan sekiranya didapati berlaku sebarang pelanggaran", kata Fahmi.
Dato' Sri Siti Nurhaliza menerusi perkongsiannya di Instagram story, mendedahkan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan nama beliau dengan membuat akaun Facebook palsu dan menyebarkan kenyataan berhubung kehadirannya untuk memeriahkan sebuah majlis di Kedah yang didakwa majlis politik.
Siapalah pandai-pandai edit fake news ini, gunamakan nama Facebook saya (yang verified) dan forward merata-rata dan yakinkan orang ini (adalah) posting sebenar. Ini fake!.
"Cukuplah semua perkara nak dibuat macam ini. Saya ini penyanyi, hiburkan semua orang. Bulan syawal ini, bulan jalinkan silaturrahim bukan buat sebarkan berita palsu", katanya menerusi ruangan Instagram.
admin by wajib tonton
sumber berita: Bernama
0 Ulasan