ANUGERAH SENI BOH CAMERONIAN KALI PERTAMA DI PENTAS TEATER

Selepas senyap selama hampir tiga tahun, Anugerah Seni BOH Cameronian membuat kemunculan semula dan kali ini lebih hebat dan berapi!. Anugerah yang dianjurkan kali ke-18 tahun ini menyampaikan 30 anugerah dan sejumlah wang tunai RM44,000 buat penggiat seni dari pelbagai bidang termasuk tarian, muzik, teater muzikal dan teater. Anugerah yang berlangsung  di Stage 1 PJPAC itu bukan hanya dikendalikan oleh seorang tetapi empat pengacara dimana ia diikuti dengan rentetan lagu dan tarian, serta Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat!. 

Acara yang julung kali itu dibawakan oleh BOH Plantations dan Kakiseni, dengan sokongan firma perakaunan bertauliah BDO Malaysia sebagai rakan pengundian baharunya. Majlis tersebut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif BOH Plantations Sdn Bhd, Jason Foo, Presiden Persatuan Kakiseni,  Low Ngai Yuen dan beberapa tokoh industri seni termasuk penerbit dan pelakon Puan Sri Tiara Jacquelina, Ketua Pegawai Eksekutif di Yayasan Sime Darby,  Dr. Hjh. Yatela Zainal Abidin dan menariknya,  malam tersebut juga menampilkan Dato’ Dr. Faridah Merican yang merupakan  Tokoh Wanita Pertama Teater Malaysia di samping  pemuzik dan pengasas Penang House of Music Paul Augustin turut hadir memeriahkan acara. 

Dalam ucapan perasmiannya, Ketua Pegawai Eksekutif BOH Plantations, Jason Foo mengucapkan sekalung tahniah kepada semua pemenang sekaligus memberikan pujian istimewa bagi menaikkan semangat ketekunan dan keazaman khususnya bagi mereka yang terlibat dalam sektor seni persembahan tempatan yang berjaya melalui pandemik COVID-19 2020-2022.

“Anugerah Seni BOH Cameronian, yang pertama dilancarkan pada 2002, sentiasa menjadi pencapaian industri yang dinanti-nantikan untuk meraikan bakat, kontribusi dan inspirasi cemerlang dalam industri seni persembahan.

“Edisi ke-18 tahun ini membawa maksud yang lebih mendalam. Ia adalah bukti kuat kepada kemahuan jiwa manusia, yang memberi tumpuan kepada semangat, ketabahan dan versataliti.

Faktor ‘ummph’ ini telah membantu penggiat seni dalam mengharungi tahun-tahun sukar untuk terus berada di landasan. Hasilnya kini, kita berada di ambang permulaan baharu untuk meraikan ‘A New Day Setia Pada Senimu’. Mulai sekarang, kami yakin industri seni persembahan boleh mencapai tahap kecemerlangan kreatif ke aras yang lebih tinggi,” kata Foo optimis berharap akan lebih banyak karya seni di kalangan penggiat industri kreatif dapat dihasilkan sekaligus mengharumkan nama negara ke persada dunia. 

Presiden Persatuan Kakiseni, Low Ngai Yuen, menerangkan dengan lebih lanjut mengenai tema BCAA tahun ini iaitu A New Day. Setia Pada Senimu dan bagaimana ia berdiri dan mampu bangkit melawan arus perubahan Malaysia melalui kesenian dan kebudayaan. 

“Gesaan kami untuk bertindak melalui 18BCAA ini, #setiapadasenimu, adalah seruan untuk mempercepatkan kebangkitan seni. Kita memerlukan artis untuk terus bekerja dan berkarya. Dalam pada itu, kami merayu kepada syarikat dan organisasi seni untuk meminta penonton kembali ke teater seterusnya sekaligus  memartabatkan dunia seni negara. 

Low menambah bahawa pada masa inilah seni diperlukan lebih daripada sebelumnya. Adalah penting agar seni tidak dilupakan tetapi harus dihargai sebagai satu platform memajukan diri, seiring dengan martabat 'setia pada senimu'. 

Anugerah yang berlangsung malam tadi menampilkan sejumlah 30 kategori dalam tarian, muzik, teater muzikal dan teater, termasuk kategori "Produksi Terbaik".  Penerima Anugerah diumumkan dalam tiga bahagian iaitu, Teknikal dan  Reka Bentuk, Artistik dan Persembahan.  Setiap pemenang sub-kategori menerima trofi BOH Cameronian Arts Awards dan hadiah wang tunai RM1,000, manakala setiap Best Of Winner menerima trofi BOH Cameronian Arts Awards dan hadiah wang tunai RM5,000.

Empat pengacara yang menarik untuk acara black tie berdurasi dua jam tersebut adalah Tria Aziz, Angie Cheah, Ronnie (Mohd Dzulhisyam Ismail) dan Nave VJ (Navindran Vijayakumar).

Dalam pada itu, Christopher Ling pula teruja untuk kembali sebagai pengarah persembahan untuk kali keempat. Melalui satu kenyataan kepada media, beliau berkata bahawa idea untuk mempunyai ensemble hos mencerminkan semangat komuniti seni.

“Ia bukan hanya tentang seorang yang terkenal di sana. Kami mahu memberi ruang kepada individu sebenar yang setia kepada seni, kepada mereka yang telah menggunakan kemahiran mereka walaupun menghadapi pelbagai cabaran yang dilemparkan kepada mereka dalam beberapa tahun kebelakangan ini,” kata Ling. Itu sebabnya kita perlu melihat lebih daripada 50 wajah-wajah di atas pentas malam ini.

Dalam acara ‘awards-show fashion’ yang sebenar, dan dengan prosiding berlangsung dalam teater yang betul, 18BCAA dapat mempamerkan pementasan daripada lima calon  - A Notional History yang dipersembahkan oleh Five Arts Centre (Teater), Dark Light dibawakan oleh Young Choral Academy (Music), Dream Of The Red Chamber disampaikan oleh Lee Rubber Chinese Orchestra KL (Muzik), Follow The Light dibawakan oleh theatrethreesixty (Teater Muzikal) dan N2 dipersembahkan oleh La Danza Theatre (Dance).

Sebuah lagi acara kemuncak anugerah ialah lagu pembukaan, A New Day, yang digubah oleh KuLT Productions, dengan muzik dan lirik oleh Kelvin Loh, Lydia Tong dan Terence Toh, yang dipersembahkan oleh empat hos serba boleh untuk malam itu!  Satu lagi balada asli yang ditulis KuLT, Setia Pada Senimu, dipersembahkan oleh Tria dengan vokal yang hebat, ditemani tiga pengacara bersamanya sebagai vokal latar.

Bagi merancakkan lagi malam anugerah seni BOH Cameronian,  Anugerah Pencapaian Seumur Hidup Cameronian BOH turut diadakan. Ia memberi penghormatan  kepada Datuk Mohd Baharim Mohd Sharip, 78, seorang veteran “Dondang Sayang”, di mana seni Dondang Sayang tersenarai sebagai warisan budaya oleh UNESCO – merupakan seni tradisional Melayu yang masih dimainkan di Melaka oleh orang Melayu, Baba Nyonya, Cheti dan Portugis. 

Mohd Baharim mempelajari cara bermain biola dan menyanyi mengikut gaya seni tradisional dari datuknya yang juga seorang seniman Dondang Sayang. Dalam usia lima dekad berbakti dalam arena seni muzik rakyat, Mohd Baharim juga pernah merakamkan lima album.

Penghargaan tertinggi yang diterima Mohd Baharim pada Anugerah Seni BOH kali ini melalui Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat BOH Cameronian bersama-sama penerima terdahulu iaitu Dato' Krishen Jit (2002), Datuk Ramli Ibrahim (2003), Dato' Dr. Faridah Merican (2004), Dalang Dollah Baju Merah (2005), Dato' Syed Alwi bin Syed Hassan (2006), Datuk Profesor Ghulam-Sarwar Yousof (2007), Lee Lee Lan (2008) dan The Temple of Fine Arts (2009) berjaya membuktikan seni tradisi dan warisan alam melalui muzik dapat mencerminkan keperibadian serta keagungan sebuah warisan seni melayu klasik. 

Dalam ucapan ringkas tetapi menyentuh hati, Rosnan bin Nordin, Timbalan Ketua Pengarah (Kebudayaan & Kesenian) Jabatan Kebudayaan &  Kesenian Negara (JKKN) memberi penghormatan kepada semua yang hadir dengan mengatakan bahawa seni menyatukan semua kaum. Apa yang anda ada adalah integriti dan semangat, jangan sesekali berputus asa. 

Menariknya juga, ‘Gamechanger tahun ini turut diumumkan melalui Penerbit muzik kelahiran Kuching, Alvin Wee, adalah rakyat Malaysia pertama memenangi Anugerah Cinema Audio Society (CAS) di Hollywood untuk Outstanding Achievement in Sound Mixing Award bagi karyanya dalam filem animasi Disney. Encanto. Beliau juga telah bekerja dalam pelbagai filem blockbuster lain termasuk Kingsman: The Secret Service (2014), Mulan (2020), No Time to Die (2021), dan TopGun: Maverick (2022). Wee terus menghasilkan karya di luar negara dan turut menyumbang bakatnya buat pelbagai projek termasuk untuk lagu Malaysia Prihatin (2020) untuk Hari Malaysia dan Sarawak Gemilang (2021) untuk Hari Sarawak.

BCAA Gamechangers merupakan individu atau organisasi yang telah memberikan kehangatan buat industri dengan bakat artistik yang tersendiri. Sewaktu musim Cammies, mereka dijemput untuk berkongsi pengalaman dan perjalanan kerja mereka dalam bidang minat dan profesionalisme masing-masing.

Anugerah Seni BOH Cameronian ke-18 yang telah berakhir malam tadi membuktikan keutuhan seni sebagai satu warisan dan budaya yang berpaut pada semangat, keyakinan, usaha, kreativiti dan bakat bagi membawa seni dan budaya sebagai hab kecemerlangan dalam sebuah negara Malaysia berdaulat. Ia juga merupakan anugerah seni persembahan yang pertama kali dianjurkan di pentas teater.  

Untuk mengetahui senarai penuh pemenang, sila klik di sini

admin by wajib tonton

Catat Ulasan

0 Ulasan