Filem terbitan enam syarikat penerbitan gergasi iaitu Berjaya Pictures, Act 2 Pictures, Fast Bikes, Aurum Investments Limited, Golden Screen Cinemas dan Astro Shaw itu akan menemui penonton dan peminat filem tanah air bermula 24 Ogos ini.
Ketika ditemui media di Majlis Pelancaran Treler dan Poster Filem Malbatt: Misi Bakara di pawagam GSC Mid Valley, Kuala Lumpur pada Selasa, Adrian Teh yang juga penerbit filem ini mengesahkan filem patriotik Malbatt: Misi Bakara sudah sedia dipertontonkan bersempena dengan sambutan bulan kemerdekaan.
Menurut Adrian, sewaktu dia berusia 17 tahun, dia telah menonton filem 'Black Hawk Down' dan amat menyukainya serta kagum dengan filem tersebut. Tidak pernah terlintas di fikirannya selepas 21 tahun kemudian, dia berpeluang untuk menceritakan kisah bersejarah ini dari sudut pandangan Malaysia.
"Saya terpanggil untuk menceritakan kejadian sebenar kepada semua. Oleh itu, saya telah mengerahkan segala sumber, usaha, kepakaran dan teknik penggambaran untuk menyiapkannya. Malbatt: Misi Bakara adalah filem yang paling sukar untuk saya hasilkan namun saya berharap semua orang akan berpuas hati dengan hasilnya kelak", kata Adrian Teh.
"Adalah menjadi harapan saya, filem ini akan dapat memaparkan fakta sebenar peristiwa bersejarah ini kerana ia dibuat berdasarkan maklumat daripada mereka yang terlibat secara langsung dalam pertempuran tersebut. Adalah penting fakta sebenar ditonjolkan demi menghargai pengorbanan mereka yang telah menyabung nyawa untuk menyempurnakan amanah negara", tegas Jeneral Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman.
Semasa majlis pelancaran tersebut, juga diumumkan beberapa anak syarikat kepada Berjaya Corporation turut bersama menjadi rakan promosi filem Malbatt: Misi Bakara. 7 Eleven Malaysia, Starbucks Malaysia, Kenny Rogers Roasters, Krispy Kreme Doughnuts Malaysia dan Cosway Malaysia antara rakan promosi filem tersebut. Kerjasama yang terjalin antara syarikat-syarikat gergasi ini bakal menjadi penanda aras kepada industri perfileman negara.
Manakala Tan Sri Dato' Seri Vincent Tan Chee Yioun. selaku Pengasas dan Penasihat Berjaya Corporation berkata, "Wira-wira Malbatt ternyata membuktikan bahawa tiada halangan yang tidak dapat diatasi apabila kita berdiri bersama. Mereka menunjukkan kuasa perpaduan dalam kepelbagaian. Ini adalah prinsip asas tanah air tercinta", ujar Tan Sri Dato' Seri Vincent berharap filem ini dapat memberikan inspirasi dalam menghargai perjuangan perwira tanah air kita.
Menelan belanja sebanyak RM20 juta, Malbatt: Misi Bakara menjadi antara filem termahal yang pernah dihasilkan di Malaysia dan ia menampilkan Hairul Azreen, Bront Palarae, Tony Eusoff, Dafi Ismail, Shaheizy Sam, Taufiq Hanafi, Theebaan G dan Dini Schatzmann. Filem ini juga akan ditayangkan dalam format IMAX.
Amy Ikram by Wajib Tonton
0 Ulasan