SANISAH HURI BAKAL HIBURKAN PEMINAT DI KL MALAM INI DALAM KONSERT RAYA SEPANJANG ZAMAN

Walaupun berbaki tinggal beberapa jam lagi sebelum tibanya detik yang dinantikan, aura penyanyi legenda Sanisah Huri bukan calang hebatnya. Konsert Raya Sepanjang Zaman menampilkan Sanisah Huri yang bakal berkongsi pentas dengan Datuk Hail Amir, Ziana Zain dan Bob Yusof itu hampir 95% tiketnya sudah terjual.

Berkonsepkan hari raya dengan alunan lagu-lagu raya klasik malar segar, Konsert yang berlatarkan orkestra dengan 60 pemuzik daripada Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) KLCC, Kuala Lumpur pada 6 Mei ini bakal dikemudikan oleh konduktor MPO Ahmad Muriz Che Rose.

Ketika bercakap kepada media, penyanyi legenda Sanisah Huri yang bakal diterbangkan khas dari Singapura ke Malaysia itu berkata, 'Bersabarlah Sayang' dan 'Aidilfitri' yang pernah didendangkannya ketika usianya masih remaja itu bakal dipersembahkan malam ini dalam suasana yang lebih besar melalui orkestra bertaraf antarabangsa.

Lagu ciptaan Zubir Said, Kassim Masdor dan Yusnor Ef itu bakal mencipta sejarah luar biasa apabila buat pertama kalinya malam ini ia dipersembahkan secara langsung oleh Sanisah Huri dengan pimpinan Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) sekaligus menjadikan lagu yang pernah mencipta fenomena luar biasa ini sebagai satu pengalaman manis yang mungkin sukar untuk dilupakan. 

Ketika memperkatakan mengenai proses rakaman dahulu dan kini, Sanisah Huri optimis mengatakan ia mempunyai banyak perbezaan kerana pada ketika itu, ia dirakamkan di sebuah studio kecil dengan peralatan dan trek serba analog.

Ini bermakna tiada bantuan digital untuk menutup sebarang kelemahan suara penyanyi atau menambah rasa sedapnya. Sekiranya ada kesilapan dalam rakaman walaupun ia kecil, namun dia terpaksa mengulang semula daripada barisan pertama hinggalah sesebuah lagu itu berjaya disiapkannya. 

"Ini berlaku ketika saya merakamkan lagu ciptaan Kassim Masdor di mana liriknya ditulis oleh Yusnor Ef. Saya terpaksa mengulangi lagu tersebut dari awal hingga habis. Pada masa dahulu,  belum ada digital, dan sebagai seorang penyanyi kita perlu mempunyai 'feel' agar lagu yang dicipta itu mampu menyentuh perasaan pendengar," ujar Sanisah yang sememangnya terkenal dengan lagu-lagu hari raya apabila tibanya musim perayaan. 

Ketika ditanya apakah perasaan apabila diberi peluang beraksi di pentas berprestij dengan skala persembahan yang lebih besar, Sanisah tidak menolak kemungkinan bahawa inilah masa yang perlu beliau buktikan penyanyi legenda sepertinya masih lagi mampu mengadakan persembahan walaupun kebanyakkan dari rakan seperjuangannya tidak lagi aktif malahan ada yang sudah meninggal dunia dan mempunyai masalah kesihatan. 

Sanisah yang bakal menghiburkan peminat pada malam ini tidak menafikan dirinya masih gementar malahan teruja ketika kali pertama ditawarkan untuk beraksi di pentas hebat ini. 

Bagi anda yang ingin menyaksikan bagaimana Sanisah Huri menyanyikan lagu Aidilfitri dan Bersabarlah Sayang dengan iringan orkestra dari MPO, jangan lupa untuk mendapatkan tiket Konsert Raya Sepanjang Zaman sekarang, sebelum ia kehabisan tempat duduk.

Konsert Raya Sepanjang Zaman yang dipentaskan malam ini, 6 Mei 2023 di Dewan Filharmonik Petronas, KLCC, Kuala Lumpur itu juga bakal menampilkan Datuk Hail Amir, Ziana Zain dan Bob Yusof. 

Untuk membuat pembelian tiket, klik di sini

Amy Ikram by wajib tonton

Catat Ulasan

0 Ulasan