SEINDAH KASIH PAPARKAN REALITI DUNIA PENYIARAN

Realiti kehidupan kadangkala tidak semuanya manis belaka, disebalik kegembiraan tentunya ada rasa kesedihan atau berduka lara. Bagi menggambarkan bagaimana rasa menjadi seorang public figure yang dikenali dalam bidang penyiaran, Tonton Originals membawakan kepada anda 'Seindah Kasih'.

Filem yang
memaparkan suka duka dunia penyiaran tempatan khususnya bagi mereka yang terlibat 100% dalam bidang penerbitan kandungan di televisyen mahupun radio ini memaparkan cerita sebuah kisah tentang hidup, impian, dan masa depan .Mengambil latar masa di bulan Ramadan penuh keberkatan, Seindah Kasih yang telah ditayangkan di saluran digital Tonton bermula pada 12 April lepas merupakan sebuah kisah yang dikategorikan sebagai 'Wajib Tonton!'.

Diterbitkan Lumatic Films Sdn. Bhd. dan diarahkan oleh Nik Amir Mustapha dan Ariff Zulkarnain, Seindah Kasih menampilkan barisan pelakon hebat tanah air iaitu Syafiq Kyle, Mimi Lana, Siti Saleha, Shasha Abedul, Luqman Hafidz, Anas Ridzuan, Mubarak Majid, Faleeq Fareez, dan Fabian Loo

Selari dengan nilai yang diterap di dalam kempen Seindah Kasih anjuran kumpulan Media Prima Berhad sempena bulan Ramadan dan Raya tahun ini, sebuah tayangan istimewa telah diadakan pada hari ini di GSC Starling Mall untuk memberi inspirasi kepada minda kreatif muda dengan memberi peluang kepada pelajar universiti berinteraksi dan berkongsi pendapat mereka khususnya dalam bidang penerbitan. Tayangan istimewa ini dihadiri oleh pembikin filem Seindah Kasih, barisan pelakon, dan pelajar dari pelbagai universiti antaranya Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) serta Sunway University. 

Seindah Kasih mengisahkan Nazmi (Syafiq Kyle), seorang wartawan akhbar telah berjumpa dengan Alia (Mimi Lana) yang bekerja di bahagian digital di bawah syarikat yang sama kerana berang laporannya telah diambil dan diadaptasikan tanpa memberi kredit ke atas namanya. Alia berasa situasi ini tidak adil dan mahu membuktikan kredibilitinya dengan mencari beritanya sendiri. Secara kebetulan pula, berita itu sedang turut dikejar oleh Nazmi. 

Sharifah (Siti Saleha) pula seorang penerbit yang bergantung kepada bantuan sepenuhnya oleh pembantunya, Nina (Shasha Abedul). Apabila Nina tidak diberi peluang untuk mengembangkan kerjayanya dalam bidang penyiaran, dia tekad untuk meletak jawatan dan sekaligus membuatkan hidup dan kerja Sharifah menjadi tidak terurus. Sharifah harus meyakinkan Nina untuk kembali bekerja dengannya. 

Jamal (Anas Ridzuan) ialah penyampai radio yang dulu terkenal dengan duo komedi bersama rakannya Khairul Izwan (Luqman Hafidz), tetapi Khairul telah pun meninggalkan dunia radio untuk ke bidang lakonan filem. Khairul kemudian dijemput untuk mempromosikan filem terbaharunya di sebuah segmen yang dikendalikan oleh Jamal, namun temu ramah itu menjadi kelam-kabut selepas pergaduhan mereka yang berlaku semasa bersiaran secara langsung. 

Meor (Mubarak Majid) cuba menceriakan Rauf (Faleeq Fareez) di bulan Ramadan ini kerana dirinya selalu menyepi dan bersendiri. Meor menyangkakan Rauf kecewa kerana ibu bapanya bekerja jauh di luar negara, tetapi masalah Rauf jauh lebih besar kerana dia telah jatuh cinta dengan seorang wanita yang jauh lebih berusia darinya.

Inilah kisah yang wajib anda tonton bagi penggemar drama dan filem tempatan. Untuk makluman lanjut sila klik di sini.

Amy Ikram by wajib tonton


Catat Ulasan

0 Ulasan