Dibawakan khas oleh MND Sports & Event Sdn Bhd, penganjuran konsert berskala besar itu dilihat berpotensi bagi membawa sekaligus memartabatkan industri muzik tanah air. Menurut Noh Salleh, Vokalis Kumpulan Hujan menyifatkan kehadiran peminat membanjiri stadium untuk menyaksikan bukan sahaja mereka mengadakan persembahan, tetapi tiga kumpulan lain, sebagai satu penghormatan untuk mereka mengumpul peminat baharu walaupun berbeza genre.
Insomniacks yang dianggotai oleh 4 orang anak muda menyampaikan 6 buah lagu antaranya Langar, Here Again, Igauan Malam, Reminisensi, Sempurna dan Pulang. Manakala Bunkface memukau halwa telinga pendengar muzik menerusi 8 seleksi lagu terbaik mereka. Bunk Anthem, Malam Ini Kita Punya, Ekstravaganza, Rentak Laguku, Darah Muda, Panik, Situasi dan Revolusi merupakan antara lagu dendangan Sam Bunkface sehingga membuatkan rata-rata peminat tidak berganjak malahan teruja menyaksikan betapa lincaknya Sam beraksi di pentas.
Kegilaan penonton masih lagi tidak berganjak, apabila kelibat Masdo mula kelihatan. Dengan imej 60-an menerusi gaya rambut persis Kumpulan The Beatles, Masdo mengajak penonton relaks seketika menerusi 8 buah lagu dendangan mereka. Janji Manis, Miss Flower, Teruna Dara, Inilah Jalannya, Dinda, Bunga, MPRNR, Bercanda Di Malam Indah antara lagu yang dipersembahkan Masdo, membuktikan walaupun berlainan genre, namun sambutan peminat pada Konsert Jiwa Kacau 2023 sebaliknya.
Amy Ikram by wajib tonton
0 Ulasan