Selain menjadi seorang penyanyi dan penggubah lagu tersohor, Maman atau nama sebenarnya Rosman b. Lamri pernah membintangi sebuah filem berjudul Layar Lara sebagai seorang pelakon. Memegang peranan sebagai 'Shark', seorang lelaki panas baran, Maman kini kembali selepas 20 tahun menyepi diri menerusi naskhah muzik terbaharunya berjudul 'AKU'.

'Lafazkan, Rahsia, Kejauhan, Warisan Wanita Terakhir 3.0, Ibu, Anak dan Belaian Rindu (feat Addy Cradle), antara seleksi lagu pilihan Maman yang dimuatkan dalam album AKU yang kini boleh didapati di semua platform streaming muzik tanah air seperti Spotify, Apple Music, Joox dan sebagainya bermula 30 Mei 2023 yang lalu. Walaupun industri muzik hari ini beralih kepada platform digital sepenuhnya, Maman optimis mengatakan AKU juga akan diterbitkan fizikal secara terhad dalam bentuk Cakera Padat (CD), Kaset dan piring hitam.
AKU yang menawarkan pengalaman muzik luar biasa itu merupakan album solo terbaharu Maman Teacher's Pet selepas 20 tahun tidak aktif dan kini kembali mewarnai industri muzik tempatan. Ketika ditanya adakah Maman akan menyertai mana-mana program hiburan realiti seperti Gegar Vaganza sekiranya diundang. Maman berkata , tidak mungkin untuk dia menyertai program sebegitu.
Amy Ikram by wajib tonton
0 Ulasan