Konsert itu turut menampilkan penyanyi antarabangsa yang lain seperti Michael Bolton, Peabo Bryson, Loren Alfred dan Katherine McPhee, merupakan anjuran sebuah organisasi kebajikan yang ditubuhkan untuk menyediakan pelbagai bantuan kepada golongan miskin dan kurang berkemampuan, Yayasan Prihatin Nasional (Prihatin) dengan kerjasama B De Paris Beauty Project Ent.
Menjadi satu-satunya artis jemputan tanah air, Siti Nurhaliza, 44, bagaimanapun tidak mahu mensia-siakan peluang yang diberi dan berazam memberikan sebuah persembahan terbaik.
"Saya bersyukur dan rasa bertuah malah percaya ini adalah platform terbaik menunjukkan bakat apatah lagi dalam kebangkitan ramai penyanyi muda yang bagus dan berbakat, pasukan pengurusan David tetap memilih saya," katanya pada sidang media mengenai konsert berkenaan, di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.
Dalam konsert itu, pelantun lagu Siapa Tak Mahu ini bakal membawakan lagu ciptaan komposer berkenaan dan satu lagu popularnya.
"Berdiri satu pentas terutama di bawah pimpinan David adalah impian setiap artis. Jadi, apabila saya lihat senarai barisan artis antarabangsa yang terlibat, ia membuatkan saya rasa kerdil. Tambahan pula, saya belum dikenali di peringkat antarabangsa, sebelum ini hanya dikenali di Asia, tetapi saya percaya belum terlambat untuk saya dikenali di pentas antarabangsa meskipun pada usia 44 tahun," katanya yang turut dijemput untuk beraksi menjayakan persembahan bersama David di Singapura pada 8 Ogos depan.
"Ini adalah kali pertama kami mengadakan konsert berskala besar membabitkan artis antarabangsa. Kami teruja diberi peluang kerana konsert ini bukan hanya bersifat komersial tetapi turut menekankan konsep berhibur sambil beramal.
"Insya-Allah, sebahagian hasil jualan tiket ini akan disalurkan kepada Tabung Kasih Prihatin. Sambil berhibur, kita juga tidak mahu melupakan mereka yang memerlukan," katanya.
Amy Ikram by wajib tonton
0 Ulasan