TEROWONG MASA AKU FAIZAL TAHIR Live in KL



Seorang figura dengan pengenalan 'Faizal Tahir' memperkenalkan dirinya 17 tahun lalu ke Industri muzik tempatan bukan sekadar mahu memegang predikat "aku penyanyi". 

Sekiranya beliau hanya ingin digelar sebagai orang popular menerusi kerjaya penuh glamour dan dipuja, Faizal Tahir tidak akan menjadi perlaku seni yang mencetak pelbagai prestasi - dari seorang penyanyi, komposer, penulis lirik, pemegang anugerah dan turut menyumbangkan bakat besar kurniaan ilahi buatnya kepada rakan seperjuangan lain.  

Sebuah konsert perdana, AKU FAIZAL TAHIR Live in Kuala Lumpur dibawakan oleh Allianz Malaysia Berhad bakal dilaksanakan pada 2 September 2023 di Dewan Merdeka, World Trade Centre, pukul 8.30 malam. 

AKU FAIZAL TAHIR Live in Kuala Lumpur, merupakan konsert sulung pemilik nama sebenar Ahmad Faizal Mohammad Tahir yang akan berlansung bukan sekadar mengisi dahaga penggemar lewat untaian lagu tetapi juga peminat akan masuk ke terowong masa sepanjang 17 tahun berkarya.


"Kami di JioBuddy sangar berbesar hati kerana akhirnya diberi kepercayaan menganjurkan AKU FAIZAL TAHIR Live in Kuala Lumpur pada 2 September ini. Penganjur JioBuddy, Sean Ng juga berkata, konsert ini amat penting kerana pengisiannya bukan sekadar tentang muzik tetapi sebuah penceritaan perjalanan seorang insan bernama Faizal Tahir"

Ujarnya lagi, "Setelah pihak kami dan Faizal mencapai kata sepakat bahawa AKU FAIZAL TAHIR Live in Kuala Lumpur bukan sekadar hiburan tanpa manfaat, maka pihak kami berasa konsert atau persembahan hebat seperti ini perlu segera dipertontonkan kepada penggemar dan umum".

Ketika diajukan soalan tentang perkara yang telah tular berkenaan harga tiket yang mahal, Faizal Tahir berkata pada mulanya beliau juga terkejut namun beliau menyerahkan sepenuhnya kepada pihak penganjur. Sean Ng pula menyifatkan "Konten konsert tersebut merangkumi semuanya. Ini yang kami sajikan. Kami juga telah meneliti lokasi dan juga perjalanan karier Faizal Tahir dan kami rasakan ini adalah persembahan 'premium'". 

Tentang mengapa lokasi Dewan Merdeka, World Trade Centre pula, Jennifer Thompson selaku Pengarah Muzik mengatakan "Terlalu banyak lagu yang berperasaan disana, terlalu banyak kenangan perjalanan karier Faizal dilakukan disana, jadi bila kita imbas kembali, Dewan Merdeka merupakan lokasi yang sesuai untuk Faizal".  Faizal pula berkata beliau sangat selesa di Dewan Merdeka dan menyifatkan kualiti bunyi dan juga beliau boleh berkomunikasi dengan peminat  dan harap dapat memuaskan hati peminat. 


Bagi Faizal, 44, objektif yang lebih penting dari sekadar penggemar melihat dirinya sebagai penyanyi, popular dan dipuja kerana vokal atau persembahannya adalah bagaimana dunia seni juga menjadi sebahagian daripada fasa hidup lewat pengalaman yang dilalui.


“Secara jujurnya, selepas 17 tahun baru sekarang terjadinya konsert solo Faizal Tahir. Ini kerana saya sudah lama dipujuk oleh ramai pihak. Saya akur akhirnya utk buat konsert saya sendiri. Saya akur dengan pujukan itu. “I give in” dan mengaku tewas, mereka telah meyakinkan saya untuk buat konsert saya,” akui Faizal.  


Bercerita tentang konsep dan kelainan, Faizal membayangkan bahawa konsert ini akan membawa kepada segmen-segmen yang membahagikan perjalanan seninya.


“Konsert ini bukan hanya sekadar hiburan tetapi sama-sama untuk kita mengambil sesuatu yang baik dan positif tentang kehidupan. Ada sesi perkongsian dari dari zaman poyo, tak sedar diri sampai sedari diri. Sebuah revolusi perjalanan menjadi nada dalam konsert ini. Saya nak orang pulang dengan mereka rasa mendapat sesuatu yang bermanfaat untuk diri masing-masing. Bukan sekadar sebuah konsert orang nyanyi dan balik dan habis begitu sahaja.



AKU FAIZAL TAHIR akan membawa penonton dalam sebuah penggembaraan kehidupan, dari tanggungjawab seorang penyanyi kepada seorang Muslim, dari seorang artis kepada seorang bapa,” kata Faizal.


Sudah tentu hit-hit dari lima album termasuk Aku.Muzik.Kamu, Adrenalin dan Faizal Tahir serta Anatomi & Rojak akan didendangkan. Sudah pasti juga peminat akan mendengar vokal mantap Faizal mengalunkan Mahakarya Cinta, Bencinta, Assalamualaikum dan Ragaman yang sudah menjadi antem peribadi buat penggemarnya.


Malah sebagai tanda kasih buat semua pihak yang mendukung perjalanan karier Faizal selama ini, beliau merakamkan semula lagu Sampai Syurga yang akan menjadi hadiah atau momen paling berharga untuk didengarkan pada malam konsert.



“Besar harapan saya agar rakaman semula Sampai Syurga yang akan didendangkan nanti mampu mengimbau dan mengembalikan memori peminat untuk menghidupkan pengalaman konsert secara keseluruhan,” tambah Faizal lagi.


AKU FAIZAL TAHIR Live in Kuala Lumpur turut disokong rakan kolaborasi seperti Altus Prohouse, Faithful Music, JioSpace, World Trade Centre, Level Up dan YCG.  Dengan itu jangan sampai terlepas menyaksikan konsert sulung AKU FAIZAL TAHIR Live In Kuala Lumpur di Dewan Merdeka, World Trade Centre pukul 8.30 malam kerana ia selain pulang ke beberapa fasa momen sebelumnya, konsert ini akan menjadi yang terbaik daripada penghibur lokal kita pada tahun ini.


Tiket-tiket berharga RM488 (Platinum), RM588 (Diamond) dan RM688 (VIP) boleh dibeli menerusi www.jiotix.asia atau hubungi hotline: 011-5100 3111 (kiriman WhatsApp sahaja).



admin by wajib tonton

Catat Ulasan

0 Ulasan