NUSAFEST GABUNGAN TERBAIK NUSANTARA DI BANDAR MALAYSIA



 Foto: Shiraz Project, Nusafest & Ruffey Dean

Setelah ditangguhkan hampir 3 tahun, 24 Artis dari Malaysia, Indonesia & Singapura gamat memeriahkan Bandar Malaysia pada 8&9 Julai yang lalu. Selain daripada mempersembahkan 'Headliners' band gergasi negara Search, Wings dan juga Butterfingers, Shiraz Project juga dengan berani kumpulkan 21 band-band lain dari Malaysia, Singapura dan Indonesia untuk sama-sama menghiburkan peminat muzik nusantara. 


Dianggarkan kehadiran seramai 13 ribu pengunjung pada kedua dua hari, Konsert festival muzik nusantara, NUSAFEST yang dibawakan oleh Shiraz Projek ini boleh dianggap sangat berjaya dan hebat. Pengunjung yang hadir diberikan pas masuk atau gelang tangan yang dinamakan "Pelaris" dan ianya juga boleh dijadikan sebagai kenangan menghadiri konsert Nusafest. 

Konsert yang diadakan selama dua hari bermula pada lebih kurang 12 tengahari itu sentiasa diisi dengan persembahan muzik yang sangat menggagumkan.  Pengujung bukan sahaja boleh menikmati muzik dan juga momen 'healing' mereka juga boleh berkunjung ke "Warung Nusa" yang dibawakan oleh Waknat dan juga ke Pasar Nusa yang dibawakan oleh oleh Riuh. Walaupun cuaca pada hari berkenaan tidak begitu baik namun pengunjung tidak berganjak dan terus berhibur sehingga selesai. 



 
Di malam hari pula, Pengunjung terpukau dengan lampu LED serta persembahan 'Headliner' Malam pertama iaitu Search dan Wings. Search membawakan lagu-lagu malar segar dan hit mereka antaranya Pelesit Kota, Isabella, Rozana, Pawana dan banyak lagi.  Wings pula adalah Headliner kedua yang turut menggegarkan Bandar Malaysia dengan lagu berhantu mereka antaranya Bujang Senang, Peronda Jaket Biru, Sejati, Jerangkung dalam Almari dan banyak lagi. 


 
Walaupun Eddie, Gitaris kumpulan Wings baru sahaja kehilangan isteri tersayang disebakan kanser pada 7Julai 2023, namun kerana sikap profesionalisme Eddie, Beliau tetap membuat persembahan dengan sangat baik.


Selain daripada dua headliner untuk malam pertama, antara pemuzik yang turut memeriahkan Nusa Fest adalah Salam Muzik, Iqbal M., White Percussion Unit, BurgerKill, Seringai, Barasuara dan ramai lagi. 


Pada malam kedua iaitu pada 9 Julai 2023, seawal 11 pagi, pengunjung mula membanjiri kawasan Bandar Malaysia, antara pemuzik yang menghiburkan pengujung pada hari kedua adalah Monoloque, Budak Nakal Hujung Simpang, Gerhana Ska Cinta, Masdo, The Changcuters dan ramai lagi. 



Butterfingers menjadi Headliner konsert penutup Nusafest hari kedua. persembahan yang sangat ditunggu-tunggu oleh peminat mereka kerana Butterfingers sudah lama tidak muncul membuat persembahan. Antara lagu yang mereka bawakan adalah  Mokhsa, Fire Is A Curse, Chemistry yang telah digubah dan lagu berhantu mereka Malayneum. Malam pesta Nusafest diakhiri dengan percikan bunga api yang berwarna-warna menerangi seluruh Bandar Malaysia. 



oleh: SheilaKyuChang OhMyShorties (OMS)








Catat Ulasan

0 Ulasan