JAPANESE FILM FESTIVAL 2023 KINI KEMBALI

Bagi meraikan kegemilangan sinema Jepun yang memasuki edisi ke-19 menerusi penganjuran Festival Filem Jepun 2023, The Japan Foundation Kuala Lumpur (JFKL) dengan kerjasama Kedutaan Jepun di Malaysia akan menganjurkan Festival Filem Jepun 2023 (JFF2023)  bermula pada 7 September hingga 15 Oktober 2023. 

Memilih 5 destinasi utama dalam negara seperti Lembah Klang (7-13 September 2023), Johor Bahru (14-17 September 2023), Pulau Pinang (21-24 September 2023), Kuching, Sarawak (5-8 Oktober 2023), dan Kota Kinabalu, Sabah (6-9 Oktober 2023), JFF2023 akan menayangkan hampir 16 buah tajuk pelbagai genre seperti drama, dokumentari, romantik, misteri dan animasi. 

Diarahkan Miyake Sho, Small, Slow but Steady" (2022) akan menemui penonton di beberapa pawagam GSC terpilih, kemudian disusuli dengan seleksi filem-filem terbaik dari negara matahari terbit antaranya, A Man (Ishikawa Kei), And Yet, You Are So Sweet (Shinjyo Takehiko), Lupin The 3rd, The Castle Of Cagliostro (Miyazaki Hayao), #Manhole (Kumakiri Kazuyoshi), Mondays: See you "this" week! (Takebayashi Ryo), Shylock's Children (Motoki Katsuhide), The Lines That Define Me (Koizumi Nori), The Water Flows To The Sea (Maeda Tetsu), The Zen Diary (Nakae Yuji), We Made A Beautiful Bonquet (Doi Nobuhiro), Yokaipedia (Yamazaki Takashi), Your Lovely Smile (Lim Kah Wai), Detective Conan The Movie : The Last Wizard of The Century (Kodoma Kenji), Detective Conan The Movie: Crossroad in The Ancient Capital (Kodoma Kenji), dan Detective Conan The Movie : The Private Eyes' Requiem (Yamamoto Yasuichiro).

Menariknya, pembeli tiket yang membuat pembelian juga boleh mendapat ganjaran ketika menikmati festival dengan mengumpul setem yang boleh digunakan untuk menebus sagu hati dan hadiah ekslusif. Tiket-tiket berharga RM10.00 boleh dibuat melalui semua saluran GSC samada di website atau mobile app.

Catat Ulasan

0 Ulasan