KONSERT JAZZ STEVIE WONDER, AISHA RETNO & SYAFIQ ABDILLAH PUKAU PENONTON!

Pada mulanya, saya agak skeptikal untuk mengatakan apakah konsert ini mampu menampilkan gandingan mantap dua pendatang baharu dalam industri muzik tempatan melalui persembahan mereka dalam mempersembahkan lagu-lagu terbaik Stevie Wonder. Ikon terkenal dalam industri muzik di Amerika Syarikat itu bukan sembarangan penghibur malahan ratusan karya muziknya merentasi zaman malahan bintang pop dan R&B ini pernah memenangi Anugerah Grammy yang ke-25 pada tahun 1996 dan telah menghasilkan 23 buah album studio, 3 album soundtrack dan 4 buah album rakaman langsung. 

Menyampaikan kira-kira 25 buah lagu popular dalam carta muzik Stevie Wonder termasuk 8 buah lagu secara medley, Aisha Retno dan Syafiq Abdillah harus diberikan kredit kerana persembahan mereka pada 9 September lepas memukau. Ketika menonton persembahan, ada beberapa tetamu yang berada berhampiran saya terutamanya penonton dari luar negara tertanya-tanya, 'siapakah Aisha dan siapa pulak Syafiq'?. Lagak gaya kedua-dua bintang ini berjaya membuktikan bahawa mereka mampu berdiri sama tinggi dengan penyanyi professional tempatan yang lain .

Kelunakan suara Aisha menyampaikan seleksi lagu-lagu terbaik Stevie Wonder seperti Overjoyed, Don’t You Worry ‘Bout a Thing', These Three Words, Part Time Lover, Master Blaster / Higher Ground dan banyak lagi itu membuktikan penyanyi kelahiran Kuala Lumpur ini mempunyai pesona dan auranya yang tersendiri. Gabungan vokalnya bersama Orkestra Filharmonik Malaysia pimpinan Marques Young nyata membuatkan rata-rata penonton tidak berganjak bagaikan menonton sebuah konsert solo  dipentas bertaraf antarabangsa. 

"Saya tidak percaya pada mulanya, tapi bila saya sendiri menyaksikan bagaimana Aisha Retno dapat mengawal vokalnya bersama orkestra MPO bagi mengalunkan seleksi lagu-lagu terbaik Stevie Wonder, saya jadi teruja malahan apabila beliau berpadu suara bersama Syafiq Abdillah bagi beberapa buah lagu duet, saya merasakan macam menonton konsert solo beliau," kata Aiman Nur Hakim, salah seorang penonton yang hadir menyaksikan The Music Of Stevie Wonder yang telah berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas, Kuala Lumpur baru-baru ini. 

Syafiq Abdillah yang menyampaikan seleksi lagu bertajuk, Sir Duke, I Wish, Golden Lady, Super Woman (Where Were You When I Needed You) dan banyak lagi itu berjaya membuai perasaan penonton bahkan gabungan vokalnya bersama Orkestra MPO membuktikan anak muda kelahiran negara jiran Brunei ini yang juga mempunyai pertalian kekeluargaan dengan seniman dan seniwati tersohor, Aziz Jaafar dan Normadiah itu menggetar jiwa.  Namun, penulis memberikan kredit 100% bagi keseluruhan persembahan ini.

MPO Jazz Band, The Music Of Stevie Wonder yang telah berlangsung pada 9 September lepas di Dewan Filharmonik Petronas, Kuala Lumpur ini adalah rentetan daripada sambutan ulang tahun ke 25 DFP. 

Catat Ulasan

0 Ulasan