ALL STARS GEGAR VAGANZA RAIH 6.11 JUTA TONTONAN


All Stars Gegar Vaganza kekal unggul sebagai program hiburan nombor satu di Malaysia apabila meraih 6.11 juta tontonan, menurut laporan Kantar DTAM.

Hal ini dapat dilihat menerusi keberadaan tanda pagar (hashtag) #GegarVaganza yang mengungguli tangga teratas carta trending setiap minggu menerusi platform X.

Selain itu, komen-komen positif turut dapat dilihat sejak konsert pertama All Stars Gegar Vaganza mula bersiaran pada 24 September lalu.

Lebih istimewa, konsert minggu keempat baru-baru ini turut menjadi bualan peminat dan pengguna media sosial apabila persembahan bintang-bintang Gegar Vaganza All Stars dimeriahkan dengan kehadiran barisan ikon muzik tanah air.

Menurut Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad, “Kami melihat peningkatan dari segi tontonan All Stars Gegar Vaganza pada setiap minggu.

“Terutama pada minggu duet, sambutan yang diterima dalam kalangan peminat dan juga penonton sangat menggalakan. Selain itu, maklum balas di media sosial juga positif, menjadikan All Stars Gegar Vaganza trending setiap kali bersiaran.

“Justeru, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penonton kerana menjadikan All Stars Gegar Vaganza sebagai rancangan pilihan nombor satu rakyat Malaysia," katanya. 

Terdahulu pada minggu keempat, All Stars Gegar Vaganza membariskan 28 gabungan penyanyi popular tanah air di atas satu pentas dan Dato' Aishah tersingkir dengan memperoleh purata markah terendah 43.75 peratus menerusi persembahan duetnya bersama Vince yang merupakan juara Akademi Fantasia musim pertama pada tahun 2003. 

Catat Ulasan

0 Ulasan