SIRI TRAVEL LAWAK - PROJEK BAPAK-BAPAK KEMBALI.
Bapak-bapak kesayangan Malaysia kembali! Gandingan lawak di antara Datuk Jalaludin Hassan, Dato Ramli MS, Roy Azman dan Jatt Ali yang telah mencuitkan hati para penonton Ramadan lalu kini kembali dengan musim kedua ‘Travel Lawak- Projek Bapak-Bapak’ di Astro.
Setelah negara matahari terbit ditakluk dengan pelbagai karenah mereka, kini keempat-empat mereka ke Australia untuk menyambung misi lawak ‘bapak-bapak’. Musim kedua kali ini menyaksikan Tok Jalal, Tok Ram, Roy dan Jatt menakluk Sydney dan Melbourne dengan pelbagai ragam dan gelagat mereka.
Pengembaraan sepanjang sepuluh episod termasuk sebuah episod khas reunion membabitkan pelbagai aktiviti pengembaraan serta aktiviti lasak yang mencabar kemampuan serta kesabaran mereka yang pastinya memberikan reaksi yang bakal membuat ramai ketawa tidak henti. Antaranya bermain boomerang ketika World Championship Boomerang, menawan puncak Sydney Harbour Bridge, bermain ski di Mount Buller, berkayak di Sydney Harbour, surfing di pantai tersohor Bondi Beach, berenang dengan jerung dan macam-macam lagi.
Cabaran-cabaran yang diberikan bukan sahaja menguji kemampuan individu tetapi team spirit di kalangan bapak-bapak kegemaran Malaysia.
‘Chemistry’ ini kini kembali, dan ramai sudah pastinya tidak sabar untuk menonton bapak-bapak mengembara bersama sambil melakukan cabaran-cabaran yang bakal menguji kemampuan mereka. Well, age is just a number, sepertimana bapak-bapak kami telah membuktikannya.”
“Kali ini kami bekerjasama dengan Tourism Australia untuk menjayakan musim kedua ‘Travel Lawak- Projek Bapak-Bapak’. Pihak Astro ingin mengucapkan terima kasih kepada Tourism Australia atas sokongan dan kerjasama yang tidak berbelah bagi. Ternyata pihak Tourism Australia mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap rancangan yang telahpun mencetus fenomena hiburan yang tidak disangka di negara ini. Kami berharap agar para penonton kekal terhibur bersama-sama bapak-bapak kami. Adakah alasan G-force bakal kembali? Kita tunggu dan lihat nanti,” tambahnya lagi.
Saksikan ‘Travel Lawak- Projek Bapak-Bapak’ Musim 2 mulai 2 November 2023 setiap hari Khamis jam 9 malam di Astro Warna (Saluran 107). Para pelanggan juga turut dapat strim rancangan ini menerusi On Demand di Astro Box dan Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel. Alami pengalaman Astro Baharu. Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. Untuk melanggan Pek Primary, WhatsApp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838.
GELAK 90 SAAT CABARAN BUAT SELEBRITI.
‘Gelak 90 Saat’ bersama rancangan ‘game show’ komedi terbaharu Astro
yang mencabar selebriti-selebriti popular tempatan membuat kumpulan juri (Target Misteri) daripada latar belakang yang berbeza ketawa dalam masa 90 saat. Daripada selebriti, pempengaruh media sosial, BBNU, atlet, pekerja profesional sehingga ke orang awam, hanya tawa mereka sahaja yang boleh menentukan nasib selebriti-selebriti ini untuk mara ke pusingan Akhir.
‘Gelak 90 Saat’ merupakan rancangan permainan realiti berbentuk perlawanan liga ‘kalah mati’ antara kumpulan pelawak yang perlu membuat target atau barisan juri yang dipilih ketawa dengan persembahan spontan mengikut tema yang mereka pilih. Setiap target mempunyai
hint masing-masing untuk menjadi tarikan di mata para peserta sebelum ‘Pintu Misteri’ dibuka dan mereka diperkenalkan. Para peserta yang terlibat hanya perlu membuat juri pilihan mereka (Target Misteri yang dipilih) gelak dalam masa 90 saat.Kumpulan yang bertanding adalah berlainan pada setiap minggu. Penentu markah mereka bergantung pada saat ke berapa juri atau target mereka ketawa. Setiap saat mempunyai markah/wang tunai yang berbeza dan kumpulan yang berjaya mengumpul markah/wang tunai tertinggi setiap minggu akan berlawan semula di peringkat Separuh Akhir & Akhir.
‘Gelak 90 Saat’ merupakan sesuatu yang baharu. Padat dan cepat, di mana peserta-pesertanya perlu bertindak dengan bijak. Tetapi nasib mereka untuk menang bergantung kepada satu gelakan. Format unik ini pasti dapat menarik ramai penonton komedi serta peminat genre yang lain ke saluran Astro Warna”, tambahnya lagi.
Antara nama-nama pelawak yang bukan asing lagi dalam industri komedi yang menyertai rancangan ini sebagai peserta termasuk Namie, Achey, Dewa, Has, Ieda Moin dan Norkhiriah. Manakala target atau juri terdiri daripada selebriti tempatan, pempengaruh media sosial, atlet serta orang awam. Dato’ AC Mizal pula bakal menggamatkan rancangan ini sebagai pengacara.
Juara setiap episod akan memenangi wang berjumlah sehingga RM5,000, manakala juara keseluruhan akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000 di peringkat Akhir.
0 Ulasan