RIOT! PAPAR ISU GANGGUAN SEKSUAL, BULI SIBER DALAM KALANGAN ANAK MUDA?


Astro sekali lagi mencabar norma naratif industri hiburan dengan mempersembahkan ‘Riot!’, drama siri premium Astro Originals terkini terbitan Astro Shaw. Siri kali ini mempaparkan barisan pelakon generasi muda yang menunjangi penceritaan diinspirasikan daripada peristiwa yang memang berlaku di negara kita menerusi pendedahan sisi-sisi gelap di sebalik kes-kes gangguan seksual di kalangan remaja. 

Pelanggan Astro boleh strim drama premium ‘Riot!’ lebih awal di platform On Demand bermula 22 September, 12.00 tengah malam atau di saluran baharu Astro Premier (Saluran 410) pada hari yang sama, jam 9.00 malam. Saluran Astro Premier akan menghimpunkan kesemua drama premium dari Astro Originals yang dikenali sebagai pembikin kandungan-kandungan berkualiti tinggi yang memberikan penceritaan menjangkau luar jangkaan para penonton, termasuklah drama premium dari platform Cina dan India, serta daripada platform OTT lain.  



Drama premium rantaian sebanyak 10 episod yang membawakan tagline “Rebel with a cause’ ini menceritakan kisah fiksyen sebuah band, Langkah Mayat yang memainkan muzik protes untuk menyuarakan keadilan untuk mangsa-mangsa ketidakadilan di kampus mereka. Penyanyi utama mereka, Sal yang merupakan mangsa gangguan seksual oleh pensyarahnya bersama-sama rakan seperjuangannya Feeqi, Kristy dan Wid berhasrat untuk memainkan lagu-lagu mereka untuk membawa kesedaran mengenai isu gangguan seksual. 



Namun, setiap ahlinya mempunyai kisah tersendiri serta masa lampau yang gelap. Dalam perjuangan mencari keadilan, mereka berdepan dengan pelbagai kejutan dan rahsia gelap yang menguji bukan hanya persahabatan mereka, tetapi juga diri mereka yang sebenar. Menerusi penceritaan yang penuh dengan perasaan dan dramatik, isu-isu taboo seperti gangguan seksual serta tindakan berbentuk silencing victims dikupas secara mendalam terutamanya impak atau kesan terhadap mangsa. 


Selain daripada itu, wajah-wajah baharu membarisi siri ini termasuk Nelissa Nizam sebagai Sal, Mia Sara Shauki sebagai Feeqi, Tami Anadan sebagai Kristy dan Aniq Durar sebagai Wid. Malah keempat-empat mereka memainkan instrumen serta menyanyikan lagu-lagu runut ‘Riot!’ yang turut merupakan keunikan penceritaan Astro Originals pada kali ini.



Saksikan ‘Riot!’ menerusi Astro Premier (Saluran 410) pada 22 September 2023 pada jam 9 malam setiap hari Jumaat. Saluran Astro Premier adalah percuma untuk semua pelanggan Astro bermula 18 September 2023 sehingga 1 Februari 2024. Strim episod baharu ‘Riot!’ awal menerusi On Demand pada setiap jam 12 tengah malam pada hari yang sama menerusi Astro Box dan Astro GO. Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun Instagram, TikTok, Facebook, X , Astro Gempak dan Astro Shaw.


Catat Ulasan

0 Ulasan