Berada pada kedudukan paling bahaya, Penyanyi Aliff Aziz yang hanya memperolehi markah 62.75 peratus menerusi persembahannya pada minggu ke-9 All Stars Gegar Vaganza antara bintang GV yang paling menyerlah pada minggu ke-8. Melalui minggu ini, Aliff yang menyampaikan lagu bertajuk 'Jampi' yang pernah dipopularkan oleh Hael Hussaini itu hanya sekadar persembahan biasa malahan menurut komposer dan penerbit muzik terkenal yang juga merupakan Ketua Juri, Dato' Ramli MS menyifatkan persembahan Aliff pada minggu ini sebagai 'berhati-hati'.
"Saya tiada masalah dengan Aliff Aziz. Persembahan Aliff pada minggu ini nampak okay. Dia bertungkus lumus menghiburkan penonton menerusi lagu 'Jampi'. Kalau ada kekurangan dari beberapa sudut itu biasalah, cuma jangan putus asa. Namun begitu harus diingat, kita tidak boleh bandingkan cara nyanyian Aliff dengan penyanyi asal," katanya.
All Stars Gegar Vaganza minggu ke-9 yang berlangsung di Auditorium MBSA Shah Alam itu telah menyingkirkan Noryn Aziz. Noryn yang hanya memperolehi markah 55.25 peratus itu melalui lagu Tegar nyanyian asal Dato' Sri Rossa itu berduet bersama Dia Fadila tidak berjaya memikat hati Juri. Malahan bintang GV5 (2018) itu seringkali berada pada kedudukan paling bawah beberapa minggu yang lalu.
Penyanyi Jaclyn Victor (82.88%), Tomok (77.00%) dan Hady Mirza (73.25) antara top 3 bagi All Stars Gegar Vaganza minggu ke-9. Manakala Penyanyi Liza Hanim berada pada kedudukan paling selamat dengan markah 62.50 peratus.
Liza Hanim yang menyampaikan lagu tradisional ciptaan komposer legenda, Allahyarham Datuk Suhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah, bertajuk Hati Kama, berpadu suara dengan penyanyi asal Noraniza Idris itu mendapat pujian dari Hetty Koes Endang.
"Bunda Kasi 5M. iaitu menjiwai, mengalir seperti air, menyentuh hati, menggegar alam. Menurut Bunda, complete complete complete, jaga kesihatan, kamu-gebrek!," katanya.
All Stars Gegar Vaganza yang disiarkan setiap hari Ahad jam 9.00 malam itu khabarnya sudah sampai ke kemuncaknya di mana pada konsert terakhir nanti pada 10 Disember 2023, ia akan diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil bermula jam 8.00 malam.
Tiket-tiket berharga serendah RM88 sehingga RM688 boleh dibeli ticket2u sekarang!.
0 Ulasan