Peminat e-sukan boleh menantikan tayangan perdana ‘Gamers Mangkuk’, siri premium e-sukan Astro Originals, terbitan Astro Shaw dengan kerjasama MOONTON Games. Siri baharu ini mengisahkan tentang Tam, Napi, Lee, Maya dan Theeban, lima pemain e-sukan yang berpadu keringat di dalam satu pertarungan e-sukan iaitu Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) untuk dinobatkan sebagai pelapis kepada pemain e-sukan profesional negara, menerusi Mobile Legends: Bang Bang Professional League Malaysia. ‘Gamers Mangkuk’ bakal ditayangkan pada 1 Disember, setiap Jumaat, 9 malam, di slot Astro Originals, menerusi Astro Premiere (Saluran 410) atau menyaksikan secara awal bermula 12 tengah malam menerusi platform On Demand dan Astro GO. Siri terbaharu Astro ini bakal menjadi fenomema selepas drama rantaian popular, High Council yang juga menghiasi slot Astro Originals.
Diarahkan oleh Hyrul Anuar, pengarah muda yang berpengalaman dalam bidang filem dan video, serta penceritaannya pula ditulis oleh Sham Hashim, Bainun Waheeda dan Haris M. Nor. Siri e-sukan pertama Astro Shaw ini menampilkan barisan bakat-bakat majmuk baharu dan terkenal tempatan termasuk Amir Ahnaf (Napi), Taufik Izmir (Napi), Nick Davis (Lee), Sara Mack Lubis (Maya) dan Sathisvaran (Theeban), selaku teraju utama. Manakala penceritan di setiap episod pula dibarisi oleh Amelia Christie (Vie), Josiah Hogan (Slayer), Nadia Brian (Aleya), Taqim Zaki (Abang Long), Khatijah Tan (Hajah Munah), Louisa Chong (June) dan Puteri Qaseh (Madness).
Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad, juga merangkap Penerbit Eksekutif Gamers Mangkuk, berkata, “Gamers Mangkuk adalah drama premium tempatan pertama yang mengetengahkan tema e-sukan sebagai latar penceritaan. Ini secara tidak langsung menunjukkan tanda sokongan kami kepada pertumbuhan industri e-sukan. Bukan sekadar menampilkan jalan cerita dengan elemen kompetitif semata-mata, tetapi memberi fokus kepada cabaran dalam mengejar impian serta konflik sosial yang wujud dalam masyarakat. Gamers Mangkuk boleh dinikmati oleh semua lapisan penonton, tidak kira peminat e-sukan mahupun tidak. Kami harap drama premium ini dapat memberi niai hiburan berbeza dan inspirasi kepada penonton, serta memberi persepsi yang lebih meluas terhadap potensi besar e-sukan," katanya.
Pengarah Gamers Mangkuk, Hyrul Anuar, berkata, “Gamers Mangkuk memfokuskan generasi Z. Namun, saya cuba meletakkan elemen dan nilai hiburan yang dekat dengan penonton umum, dan tampilkan penceritaan dalam konsep komik. Antara cabaran utama menghasilkan naskhah ini adalah sudut teknikal agar visual permainan video yang dipersembahkan tampak sebenar dan kemas. Harapan saya agar Gamers Mangkuk dapat diterima dan menghiburkan penonton Malaysia menerusi penceritaan yang disampaikan," katanya.
Fikri Rizal Mahruddin, Ketua Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan, MPL Malaysia, berkata, “MLBB Esports telah berkembang menjadi tumpuan utama dalam penggunaan kandungan di Malaysia, menjadikan penonton terpesona dengan naratif dan watak yang menarik musim demi musim. Kami gembira dapat bekerjasama dengan salah satu studio terbesar dan paling menarik di Malaysia untuk menawarkan khalayak ramai dengan sesuatu yang menyegarkan, mengasyikkan dan mudah diakses untuk menikmati permainan e-sukan – tidak kira sama ada anda adalah peminat e-sukan, baru berjinak-jinak atau kedua-duanya sekali," katanya.
Gamers Mangkuk, sebuah siri 8 episod, mempersembahkan satu konsep unik bagi siri rantaian terbaharu Astro Shaw, di mana siri ini meneroka perjalanan lima anak muda terdiri daripada Tam, Napi, Lee, Maya dan Theeban yang berjuang untuk melepasi pertarungan e-sukan terkemuka Mobile Legends: Bang Bang, dengan mendapat tajaan dari Mangkuk Hajah Munah. Setelah diperkenalkan dengan nama Gamers Mangkuk, lima anak muda ini berjaya menerima jemputan daripada Slayer, pemain e-sukan dan streamer handalan Malaysia untuk bertarung di dalam sebuah pertandingan besar dan dijanjikan habuan hebat untuk menyertai Team Perang, kumpulan pemain-pemain e-sukan profesional dan Juara e-sukan Kebangsaan.
Setelah Gamers Mangkuk berhempas pulas, ternyata pertarungan yang dijanjikan adalah tipu helah semata-mata serta dirancang oleh pihak penganjur untuk mendapat perhatian masyarakat dan penaja. Manakala juara pertandingan juga telahpun ditetapkan terlebih awal sebelum penglibatan Gamers Mangkuk. Akibat terkilan dengan keputusan pihak penganjur, Gamers Mangkuk mencabar Team Perang untuk pertempuran satu-lawan-satu dan perlu disiarkan secara langsung di khalayak umum. Mampukah Gamers Mangkuk menawan Team Perang untuk dinobatkan sebagai kumpulan e-sukan baharu? Segalanya bakal terjawab di penghujung episod.
Siri premium e-sukan ini menggambarkan hubungan persahabatan pemain-pemain e-sukan yang meningkat naik dan pengorbanan yang harus dilakukan bagi mencapai tujuan utama di dalam pertarungan besar. Selaras dengan slogan ‘Life Is A Game, Play It’, kelima-lima sabahat bertungkus-lumus mempersiapkan diri untuk mengharungi cabaran dan akhirnya membawa kepada kepuasan yang dicari sebagai pemain e-sukan.
‘Gamers Mangkuk’ ditaja oleh MOONTON Games, Mobile Legends: Bang Bang dan Mobile Legends:
0 Ulasan