PUKAU 10,000 PENONTON, AINA ABDUL TERUS HIDUP

Bukan mudah untuk mencipta nama, apatah lagi memikul tanggung jawab untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik buat peminat setianya. Gara-gara mahu mengadakan konsert dalam skala besar sehingga memaksa beliau untuk mengeluarkan album solo pertamanya selepas 9 tahun berada di dalam industri muzik tanah air, pemilik nama Nurul Aina binti Abdul Ghani, 30, bukanlah seorang yang mudah putus asa, namun setiap kali kemunculannya, pasti dikritik malahan fesyen yang ditampilkannya seolah-olah terlalu 'jelik, menganggu mahupun dianggap keterlaluan' bagi peminat dan pemerhati industri seni dan hiburan tempatan.

'Malam  Bersama Aina Abdul 3.0 atau A Night With Aina Abdul 3.0' yang berlangsung 18 November lepas di Axiata Arena, Bukit Jalil itu boleh dianggap berjaya malahan pelantun suara 'Semalam' dan 'Terus Hidup' itu telah memukau hampir 10,000 penonton dalam satu malam. Mempersembahkan 34 buah lagu terbaik yang dibahagikan kepada 4 segmen, Penyanyi Aina Abdul berkata sebahagian dari kutipan tiket pada malam tersebut akan disumbangkan untuk Tabung Palestin , namun anak jati Johor Baharu, Johor itu teruja dengan sambutan hangat penonton yang sudi membanjiri Axiata Arena, Bukit Jalil pada malam Sabtu lepas. 

"Aina teruja dengan sambutan dan sokongan peminat. Terima kasih buat mereka yang telah membeli tiket bagi menyaksikan Aina menyanyi pada malam ini. Walaupun ada kesilapan teknikal pada beberapa bahagian, Aina mohon maaf dan terima kasih sekali lagi kerana menyokong kerjaya Aina.

"Dari segi persembahan, saya memilih 34 buah lagu dari pelbagai genre muzik. Ada pop, tradisional, R&B, dan sedikit vibe lagu-lagu Korea. Nak kata Aina ini gementar, memanglah sebab ini kali pertama Aina beraksi di pentas yang lebih besar dengan jumlah penonton yang hadir kira-kira 10,000 orang," katanya.

Aina yang tampil dengan lima busana berlainan warna dan tema itu adalah hasil ciptaan empat pereka fesyen tersohor iaitu Rizman Ruzaini, Zaimi Zulkafli, Melinda Looi dan Ezuwan Ismail, di mana Abu Shaef Hamza sebagai penata gaya.

Walaupun tampil dengan pelbagai tema fesyen diluar kotak sehingga mendapat kritikan netizen sebagai 'jelik dan berlebihan', Aina Abdul tidak melihat penampilannya pada malam tersebut sebagai satu pembaziran namun pemenang World Championship of Performing Arts (WCOPA) di Los Angeles pada tahun 2014 dan Anugerah Juara Lagu ke- 37 menerusi lagu 'Terus Hidup' itu telah membelanjakan hampir RM400,000 bagi memastkan setiap busana yang digayakannya itu bersesuaian dengan tema lagu dan persembahan yang ditampilkannya.

"Secara keseluruhannya ada lima persalinan yang Aina gayakan. Salah satu baju itu adalah dari busana yang Aina pernah pakai untuk Anugerah Juara Lagu ke-37. Kos keseluruhannya adalah RM400,000. Manakala bagi baju rekaan Zaimi Zulkafli yang ada asap itu adalah kos teknikalnya cecah RM35,000," katanya.

'Ghost, Fool, Kelip-Kelip, Kamu, Bleed, Blue, Shadow, Sumpah, Bilang, Bukan Untukku, Sedia Terluka, Sesal, Semalam, Terus Hidup' dan sebagainya adalah di antara 34 buah lagu yang dinyanyikan Aina Abdul pada malam konsert tersebut. 


Selain lagu-lagu berentak pop, R&B dan balada, Aina juga tidak ketinggalan untuk menyelitkan lima buah lagu tradisional di mana dua buah lagu tersebut dalah secara duet bersama Haziq Rosebi iaitu Lemak Manis dan Joget Cinta Sakti. 

Penyanyi Khai Bahar dan Lah Ahmad juga antara barisan penyanyi lelaki yang turut bersama-sama menghiburkan penonton. Khai Bahar yang berduet bersama Aina bagi lagu Nafas Cinta dan Lah Ahmad bagi lagu Tunggu Kamu juga menampilkan Khai Bahar secara solo bagi lagu 'Bayang'.

A Night With Aina Abdul 3.0 yang berlangsung pada malam Sabtu itu juga memberi penghormatan buat legenda muzik tanah air Allahyarham Datuk Sharifah Aini menerusi lagu Fatwa Pujangga, Bunga Tanjung dan Empat Dara yang dipersembahkan Aina secara 'melankolik klasik' yang lebih elegan, retro dan memukau bagi memastikan legasi seni muzik tanah air akan terus hidup sepanjang zaman.

Catat Ulasan

0 Ulasan