ALVN, seorang artis yang berbakat dalam pelbagai bidang, wajah untuk pelbagai jenama fesyen mewah, dan penyanyi yang hebat yang baru-baru ini berkolaborasi dengan penyanyi Korea Selatan menerusi lagu hit ‘onemorenight’, penyanyi dan pelakon tersohor kelahiran Malaysia, ALVN kembali menggegarkan industri hiburan dengan sebuah lagi karya berjudul ‘over again’.
“Lagu ‘over again’ menyelami kekesalan dalam perhubungan kekasih ekoran tindakan terburu-buru sehingga menyebabkan kedua-dua pihak yang terlibat dalam perhubungan
itu tersakiti. Apabila masa berlalu, kesedaran muncul dan menyedarkan bahawa kerosakan yang telah terjadi tidak dapat dipulihkan. Walaupun begitu, keindahan yang dirasai tidak dapat dihalang hingga memaksa kitaran pedih itu berulang, akhirnya
membawa kepada satu titik di mana seseorang itu kehilangan jati diri mereka, "jelas ALVN mengenai karya ini.
Disusun dan diterbitkan oleh Seatravel, karya ini digubah dengan bijak oleh sekumpulan
pemuzik profesional berbakat iaitu Lew Jia Hao, Chaw Liang Xin, Jayson Teoh Xiong Phen, dan Chai Shing Di, yang turut menulis lirik lagu tersebut. Mempertaruhkan irama yang agak berbeza lewat karya kali ini, ALVN mengakui bahawa dia sentiasa berminat untuk mencuba genre muzik baharu. “Slow Rock ialah genre baharu yang saya ingin cuba. Lagu ini mempunyai rangkaian not yang luas, bermula dengan bariton yang sangat rendah pada permulaan dan akhirnya korus yang memuncak. Saya percaya ‘over again’ pasti menyeronokkan apabila dipersembahkan dengan live band,” kata ALVN.
Dengan pengalaman kerja yang lama bersama ramai individu berbakat dalam pelbagai
projek seni, ALVN teruja untuk berkongsi bahawa video muzik untuk lagu ini menjalani penggambaran di luar negara. Malah, video muzik itu turut menyaksikan penyertaan jenama mewah antarabangsa Longines. Sebagai rakan kepada Longines kira - kira selama dua tahun sekarang, ALVN dijemput untuk melawat Muzium Warisan Longines di Switzerland, dan juga diberikan peluang untuk merakamkan video muzik ‘over again’ di sana. Video muzik tersebut memaparkan pemandangan yang indah dan menakjubkan!

ALVN dimaklumkan bahawa beliau juga merupakan salah seorang selebriti Malaysia pertama dan antara yang pertama di dunia yang diberi peluang untuk membuat penggambaran di Muzium Warisan Longines. Walau bagaimanapun, proses rakaman ini juga pastinya datang dengan sedikit cabaran. ALVN menjelaskan bahawa demo asal yang diberi sebenarnya dua key lebih tinggi, jadi beliau terpaksa menurunkannya kerana ia tidak di luar julat vokal saya. Di sebalik kesemua cabaran ini, ALVN berpuas hati dengan hasilnya dan berharap lagu ini akan digemari oleh pendengarnya.
Matlamat ALVN menulis dan menyanyi sentiasa untuk memberi inspirasi kepada orang ramai untuk menceritakan kisah mereka dan melakukan perkara yang mereka suka dan bukannya melakukan apa yang orang suruh mereka lakukan. ALVN gembira Longines percaya dengan apa yang beliau suka dan menyokongnya selama dua tahun dalam kerjaya muziknya.

Lagu ini juga merupakan sedikit pengenalan buat album penuhnya yang bakal muncul tidak lama lagi. ALVN menyatakan bahawa mereka masih dalam proses pemikiran untuk konsepnya. Menarik, terdapat tiga lagi lagu yang akan dikeluarkan sebagai single seterusnya dan ALVN masih lagi akan berkarya sebelum mengeluarkan album sulungnya.
‘over again’ sudah pun berada di semua platform digital sejak tanggal 8 Disember 2023
(Jumaat). Video muzik lagu itu juga boleh ditonton di YouTube dan telahpun dikeluarkan
pada hari yang sama.
(Jumaat). Video muzik lagu itu juga boleh ditonton di YouTube dan telahpun dikeluarkan
pada hari yang sama.
0 Ulasan