#TMSMY4- DR SOO WINCCI AKUI TERSILAP STRATEGI, 'KAK CAT TERSINGKIR MINGGU PERTAMA

The Masked Singer Malaysia musim ke-4 membuka tirainya dengan 14 persembahan oleh maskot-maskot baharu termasuk Musang, Sang Kancil, Putera Katak, Mat Helang, Abang Jagung, Roti John, Bawang Putih, Kak Cat, Ikan Emas, Teratai, Bunga Matahari, Pom Pom Kin, Biskut Aiskrim dan juga maskot duo, Cili Padi. 17 Disember yang lalu menyaksikan buat pertama kali dalam sejarah, The Masked Singer Malaysia musim 4 mula bersiaran secara langsung di Dewan CIBD Convention Centre, Kuala Lumpur. Selama tiga musim TMSMY ini bersiaran, inilah buat pertama kalinya pihak produksi memutuskan untuk rancangan ini dibawakan secara 'LIVE' supaya Juri, penonton dan juga peminat meneka siapa disebalik topeng.




‘The Masked Singer Malaysia’ musim keempat ini menyaksikan penglibatan seramai sembilan orang personaliti daripada pelbagai cabang industri hiburan untuk menduduki kerusi Juri Tetap termasuk Datuk Aznil Hj Nawawi, Erra Fazira, Elly Mazlein, Nabila Huda, Rozita Che Wan, Sherry Alhadad, Zizan Razak, Michael Ang dan Angah (SINAR). Manakala pengacara tersohor, Datuk AC Mizal menggalas tugas sebagai hos sekali lagi setelah menjadi di 3 musim sebelum ini.


Minggu pertama menyaksikan maskot-maskot rata-rata belum lagi menunjukkan taring dan kelebihan masing-masing. Seperti kebiasaan, Klu yang diberikan tidak banyak membantu untuk episod pertama, namun ada diantara mereka yang telah memberikan hint siapa mereka yang sebenar disebalik topeng. Pada pendapat saya sebagai penonton, saya lebih suka mereka menyanyikan secara 'live' dan bukan menggunakan 'autotune'. walaubagaimanapun, itu adalah konsep yang telah diberikan oleh pihak produksi, jadi kami sebagai penonton perlu lebih fokus ketika klu diberikan sebelum dan sewaktu persembahan dilakukan. 



Untuk minggu pertama ini, saya lebih tertarik dengan suara 'Sang Kancil' dan terbuktilah apabila Sang Kancil menduduki tempat pertama dengan undian sebanyak 71.6% dengan lagu dendangan Laskar Cinta. Saya seperti sudah dapat meneka siapa disebalik Sang Kancil, namun sebaiknya saya menunggu keputusan di episod yang akan datang, takut pula tekaan saya silap. Antara persembahan lain yang memikat hati saya sebagai penonton dan penggemar rancangan The Masked Singer Malaysia sejak musim pertama lagi ialah, maskot Putera Katak, Ikan Emas, Roti John, Mat Helang, Musang, Bawang Putih, Bunga Matahari. antara mereka ini patut kita perhatikan untuk minggu-minggu yang akan datang.  



Sewaktu Kak Cat  yang menyanyikan lagu Pelukan Angkasa oleh S.O.G & Shila Amzah, Klu yang diberikan ialah Kat Cat ini seorang yang gemar memberi bantuan kepada yang memerlukan. ketika itu saya terdetik satu nama iaitu Dr Soo Wincci tetapi saya masih ragu-ragu. Apabila juri mengatakan disebalik topeng mungkin Marsha Milan, Paknil berkata beliau risau jika benar ianya Marsha, Kat Cat akan disingkirkan kerana markah untuk Kak Cat rendah akibat mutu nyanyiannya. 


Apabila Kak Cat tersingkir di minggu pertama serta merungkai identiti sebenar disebalik topeng, iaitu penyanyi berbakat Soo Wincci. Tekaan terakhir dari pihak juri sebelum Kak Cat membuka topengnya adalah Marsha, Dr Soo Wincci dan hanya Angah, penyampai radio SINAR & pelakon Nabila Huda, selaku juri tetap rancangan ini berjaya meneka identiti maskot ini dengan tepat. 



Menurut Dr Soo Wincci, beliau sebenarnya sudah menduga akan tersingkir pada malam itu, katanya strategi beliau untuk Masked Singer musim ke empat ini, Beliau mahu menyanyikan lagu-lagu yang mencabar vocalnya di episod-episod yang lain. Ternyata percaturan strategi Dr Soo Wincci silap apabila beliau tersingkir dengan markah 55.6% sahaja. 


Apapun, kita tunggu di minggu-minggu akan datang, siapa pula yang akan tersingkir? Juri manakah yang akan meneka dengan tepat? Mungkinkah mereka masih bernyanyi menggunakan strategi dan juga autotune untuk mengaburi mata dan telinga penonton? Pada pendapat anda, siapakah disebalik topeng maskot tahun ini? jangan lupa untuk saksikan The Masked Singer Malaysia Musim ke 4 ini. 




Saksikan episod baharu The Masked Singer Malaysia Musim ke-4 pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam secara langsung di Astro Warna (Saluran 107), dan juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand dan aplikasi Astro GO.

 



Catat Ulasan

0 Ulasan