Pelawak Hamdan Ramli, 54, disahkan
meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, Johor kira-kira
jam 12.50 tengah hari tadi.
Pemergian anggota kumpulan Senario
itu disahkan rakannya, Azlee Jaafar. Azlee berkata, jenazah arwah Hamdan
dijangka dibawa pulang ke Ipoh, Perak, petang ini.
"Allahyarham menghembuskan
nafas terakhir, jam 12.50 tengah hari tadi.
"Keadaan kesihatannya semakin
merosot sejak dua hari lalu apabila jantung hanya 20 peratus berfungsi dan
bantuan pernafasan tidak mampu menyokong arwah.
"Saya sudah menguruskan van
jenazah untuk membawa arwah pulang ke kediamannya di Ipoh.
"Kami menjangkakan jenazah
akan tiba sekitar jam 8 malam, tapi bila akan dikebumikan belum pasti.
"Itu perlu tanya keluarga
arwah dahulu," katanya ketika dihubungi media melalui BH Online.
Hamdan ditidurkan di unit rawatan
rapi (ICU), Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bharu, Johor sejak Ahad lalu
kerana jangkitan kuman selepas mengalami cirit birit dan sesak nafas.
Ahad lalu, Hamdan sepatutnya
menjayakan persembahan Wonderful Night with Senariounion di sebuah hotel di
Johor Bahru.
Acara itu adalah sempena ulang
tahun ke-27 Senario. Namun, Hamdan tidak dapat menyertainya berikutan deman dan
terjatuh lalu dikejarkan ke HSA.
Allahyarham Hamdan meninggalkan
seorang balu, Norhamalini Ahmed, 53, dan empat cahaya mata.
Sumber berita; BH Online
0 Ulasan