Pada minggu ketiga The Masked Singer Malaysia musim ke 4 yang bertempat di CIDB, Cheras yang lalu, menyaksikan sekali lagi penyingkiran salah satu maskot iaitu Putera Katak. Apa yang menarik untuk minggu ke 3 ini adalah minggu ini lagu yang dinyanyikan perlu bertemakan lagu runut bunyi Filem. Dato' Ac Mizal juga memperkenalkan dirinya dengan menyanyikan lagu P. Ramlee semasa pembukaan The Masked Singer Malaysia malam itu.
Erra Fazira kembali sebagai Juri selepas tiada di episod ke2 atas urusan peribadi. Kesemua Juri masing masing begitu 'sporting' memperagakan watak-watak di dalam filem. Erra Fazira memperagakan busana 'Watie' 'Maria' yang begitu sinonim dengan dirinya. Dato' Aznil Hj Nawawi juga memperagakan busana watak yang begitu dekat dan popular dengan beliau iaitu Professor Klon dari Filem Cicakman. Begitu juga dengan Juri juri yang lain yang telah membawakan watak yang pelbagai. Zizan dengan Watak Joker, Michael Ang dengan watak P. Ramlee dan sebagainya.
Untuk Episod kali ini, ada diantara maskot mengambil langkah untuk memberi gambaran suara sebenar mereka. Namun, masih ada selingan autotune di dalam nyanyian mereka. Bunga Matahari Memukau kesemua Juri dengan menyanyikan lagu Bila Cinta nyanyian asal Gio. Lagu Bila Cinta ini dipetik dari runut bunyi filem Lagenda Budak Setan lakonan Lisa Surihani dan Farid Kamil. Ada yang mengatakan Bunga Matahari adalah Ernie Zakri tetapi ketika siaran langsung ini diadakan, Ernie berada di Melaka sempena sambutan tahun baru dan tahun melawat Melaka 2024. Jadi ada juga yang memberi gambaran Bunga Matahari sama seperti minggu sebelum ini, rakan baik Sherry Al-hadad.
Menduduki tempat pertama dengan peratusan 73.39%, Bunga Matahari berada di kedudukkan selesa dan antara maskot kegemaran juri tahun ini. Sang Kancil bangkit selepas berada di tempat 6 minggu lepas dengan menduduki tempat ke 2 dengan nyanyinya yang menghiburkan iaitu lagu Aankhein Khuli dari Lata Mangeshkar & Udit Narayan yang dipetik dari runut bunyi filem Mohabbatein. Sang Kancil mendapat tempat kedua dengan markah sebanyak 71.97%.
Maskot -maskot pilihan kami masih bertahan seperti Mat Helang, Roti John, Bawang Putih, dan Musang. kami berharap mereka masih dapat mengekalkan momentum dan kekal hingga ke minggu akhir The Masked Singer Malaysia musim ini. masing-masing masih mendapat tempat ke 3, ke 4 , ke 5. Walaupun Musang mendapat tempat yang agak merbahaya iaitu tempat ke 9, tetapi kami terhibur dengan persembahan Musang yang menyanyikan lagu runut bunyi dari filem footloose nyanyian asal Kenny Loggins.
Episode 3 yang bersiaran langsung ini juga jatuh pada 31 Disember 2023, jadi mereka semua mengambil kesempatan itu untuk menyambut tahun baharu di atas pentas. Tema filem ini sungguh menghiburkan dimana mereka yang hadir dapat menikmati hidangan popcorn yang disediakan di tepi pentas.
Nasib tidak menyebelahi Putera Katak apabila Putera Katak diumumkan antara yang mempunyai 3 markah terendah. Antara 3 maskot yang mempunyai markah rendah minggu ke-3 ini ialah Ikan Emas yang menyanyikan lagu dari Filem Barbie iaitu Dance the night nyanyian asal Dua Lipa. Ikan Emas memperoleh markah 64.53% dan menduduki tempat ke 10 namun terselamat untuk minggu ini. Pom Pom Kin pula mendapat markah 63.43% dan hampir tersingkir apabila membawakan lagu Cari Tapak nyanyian asal Kumpulan Senario.
Minggu ke-3 The Masked Singer Malaysia 4 menyaksikan maskot Putera Katak tersingkir. Dengan persembahan lagu Everything I Do (I Do it For You) oleh Bryan Adams, Putera Katak gagal memikat hati barisan juri dan para penonton sehingga dipilih sebagai maskot di kedudukan terbawah dengan jumlah markah terendah iaitu 56.98%.
Penyingkirannya merungkai identiti disebalik topeng iaitu Rashidi Ishak yang diteka tepat oleh Sherry Alhadad & Michael Ang. Minggu ini yang membawa tema Movie Night turut melihat Bunga Matahari sebagai peserta di kedudukan pertama dengan 73.39%, diikuti oleh Sang Kancil dan Bawang Putih. Saksikan episod baharu The Masked Singer Malaysia Musim ke-4 pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam secara langsung di Astro Warna (Saluran 107), dan juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand dan aplikasi Astro GO.
0 Ulasan