6 FILEM TERBAIK IRAN DI FESTIVAL FILEM

Mempertaruhkan 6 buah filem hebat dari negara Iran, Festival Filem Iran 2024 bakal melabuhkan tirainya. Dianjurkan oleh Pusat Kebudayaan Iran di Kuala Lumpur, festival yang julung kali itu diadakan adalah bertujuan untuk mengukuhkan lagi hubungan budaya antara Iran dan Malaysia dengan mempromosikan filem, seni dan budaya Iran.

Festival Filem Iran 2024 meneruskan kejayaan edisi 2018 yang menarik minat dan menerima maklum balas positif daripada orang ramai. Festival 2018 menyaksikan lebih 2,800 pengunjung dan kadar pengisian tempat duduk sebanyak 87 peratus. 

Festival yang bakal berlangsung dari 29 Februari hingga 10 Mac 2024 itu memilih tiga lokasi utama antaranya GSC Mid Valley, GSC IOI City Mall Putrajaya dan GSC Gurney Plaza Pulau Pinang. 

Henas, The Painting Pool, Track 143, Bodyguard, No Prior Appointment dan Today adalah enam filem terbaik dari Iran yang bakal ditayangkan sempena Festival ini. Bagi meraikan kepelbagaian budaya dalam sesebuah naskhah, Festival Filem Iran 2024 menjanjikan pengalaman yang lebih mengasyikkan dan menarik untuk peminat filem Malaysia. 

Buat peminat filem, anda boleh menebus tiket secara dalam talian menerusi aplikasi GSC Movie samada dalam laman web atau mobile app bermula pada 22 Februari, berdasarkan siapa cepat dia dapat. 

Sorotan 6 filem terbaik dari Iran 

"Henas" sebuah drama berbentuk biografi berdasarkan kisah benar seorang wanita yang menentang keterlibatan suaminya dalam program nuklear Iran. 
"The Painting Pool" gambaran yang menyayat hati tentang sebuah keluarga yang mengharungi cabaran penyakit mental. 
"Track 143" sebuah drama perang yang kuat dan emosional yang mengeksplorasi tema pengorbanan dan ketahanan. 
"Bodyguard" filem aksi mengujakan tentang seorang pengawal badan yang diberi tugas melindungi tokoh politik yang tinggi. 
"No Prior Appointment" sebuah drama menyentuh hati mengenai seorang wanita yang kembali ke Iran selepas 30 tahun untuk menghadapi masa lalunya. 
"Today" filem yang memenangi anugerah mengikuti seorang pemandu teksi yang membantu seorang wanita hamil dan menghadapi pertemuan tak terduga di hospital. 



Catat Ulasan

0 Ulasan