"Masih relevan dan unggul!" begitulah Anugerah Telenovela ke 9 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada 23 Februari 2024 yang lalu. Pada malam itu, penulis, pelakon dan karya seni diraikan untuk tahun ke 9 dan tahun ini memperlihatkan wajah-wajah baru dunia lakonan merangkul anugerah kategori utama.
Pada malam itu juga telah diadakan perasmian KLIFAA 2024 yang telah dirasmikan oleh Tengku Azlan ibni Sultan Abu Bakar yang juga merupakan pengerusi KLIFAA. KLIFAA 2024 berjaya menjadi Hub Perfileman Dunia apabila mendapat 3135 penyertaan dari 98 negara antaranya Malaysia, Indonesia, Thailand, Jepun, Korea Selatan, India, Bangladesh, Iran, Perancis, United Kingdom dan Mexico.
Pengerusi KLIFAA, Tengku Azlan ibni Sultan Abu Bakar berkata, sambutan menggalakkan yang diterima daripada penggiat seni perfileman dari seluruh dunia ini memberikan impak positif pada penganjuran acara julung kali ini.
Menerusi Drama yang popular Melor untuk Firdaus, telah mengangkat Drama dan Novel itu menang dalam beberapa kategori. Antaranya, Telenovela Popular, Pelakon Lelaki Popular (Meerqeen) dan Artis Sensasi Telenovela (Anna Jobling). Manakala Novel popular dimenangi oleh Novel berjudul 'JESNITA' dan Novel Terbaik dimenangi Epilog 3 Naga. Bukan sahaja itu, Penulis Novel Epilog 3, Kaz Ishak diangkat sebagai Novelis Terbaik.
Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shamer Shauqeen Saiful Izam menepati ramalan dan jumlah undian peminat apabila memenangi Anugerah Pelakon Lelaki Popular menerusi Drama hit "Melur untuk Firdaus". Bukan itu sahaja, ianya sekaligus melayakkan beliau memenangi "BINTANG TELENOVELA" pada malam itu. Merqeen menyifatkan kemenangan besar beliau pada malam itu semuanya untuk peminatnya.
Sophia Albarakbah pula memenagi anugerah Pelakon Wanita Popular menerusi drama rantaian Air Mata Allisya. Sophia yang tidak menyangka akan memenangi apa-apa anugerah pada malam itu kerana beliau hanya hadir sebagai tanda sokongan kepada rakan-rakannya. Sophia bukan sahaja memenangi anugerah Pelakon Wanita Popular malah turut diangkat sebagai Ratu Telenovela pada malam itu.
Pelakon hebat Erra Fazira atau nama sebenar Fazira Binti Wan Chek pada awalnya tidak dapat hadir ke majlis anugerah itu, tetapi tetap hadir di saat akhir apabila diberitahu mendapat anugerah Primadona Telenovela.
Antara Anugerah lain yang turut diberikan pada malam itu adalah Pasangan Serasi Popular (Kamal Adli & Uqasha Senrose), Pelakon lelaki terbaik (Hazama Azmi), Pelakon Wanita Terbaik (Datin Intan Najwa), Penerbit Novel Terbaik (Penerbitan Karyaseni Sdn Bhd) , Pengarah Terbaik (Wan Afzam Wan Daud), Penulis Skrip Terbaik (Amin Masyhur), Sinematografi Terbaik (Dek Wan & Mohd Faiz), Penyunting Terbaik (Izhar Masuri) dan Pengarah Seni Terbaik (Mohamad Radzuan Romli).
Lagu Tema Terbaik dimenangi oleh komposer Amylea Azizan menerusi lagu Selagi aku ada nyanyian Nabila Razali & Khai Bahar. Stesen Penyiar Telenovela Terbanyak pula dimenangi oleh Rangkaian Televisyen Media Prima. Artis Prolifik Telenovela dimenangi oleh Gambit Saifullah dan Artis Bintang Pujaan/ Pesona Telenovela dimenangi pelakon hebat Hisyam Hamid. Alif Satar pula memenangi anugerah Artis Versatile Telenovela dan Artis Sensasi diberikan kepada Anna Jobling. Nelissa Nezam pula memenangi anugerah Artis Bintang Harapan Telenovela.
Anugerah Budayawan sepanjang Hayat diberikan kepada penyanyi yang sangat ikonik dengan lagu Lemak Manis, Roslan Madun. Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat pula diberikan kepada Ybhg. Datuk Dr Yusof Haslam ACP(K).
0 Ulasan